Tajuk: Mengejar Ajal
Penulis: Khairulnizam Bakeri
Penerbit: Roman
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 309 mukasurat
ISBN: 9789671199701
Pernah rasa tak, bila kita suatu ketika kita kehilangan barang berharga.
Cari punya cari. Geledah sana sini. Sampai ke seluruh pelusuk isi
rumah. Tapi rupanya, barang yang dicari tu ada terselit dalam poket
baju. Ha, itulah yang saya rasa bila habis baca buku ni. Heh. Rasa macam
ditipu. Tapi, itulah kelebihan si penulis. Buat kita khusyuk ikuti
cerita dia sampai tak sedar ditipu. Ciss! Hehe.
Secara ringkasnya, kisah ini terbahagi kepada 3 bahagian:
Bahagian pertama membawa kita mengenali Raed Marzuki
(Raed) sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya yang sangat di segani dan
dikenali kerana kecekapannya mengendalikan kes perbicaraan sehingga
orang kena tuduh tak pernah terlepas daripada hukuman. Beliau juga turut
dikenali dengan nama The Hangman dan Undertaker
kerana kehandalannya itu. Cuma, kes pembunuhan yang melibatkan Datuk
Seri Buyong ni agak mencabar kewibawaan Raed kerana satu-satunya saksi
pembunuhan telah dibunuh. Bila bukti tak cukup kukuh untuk melibatkan
penglibatan Datuk Seri Buyung, maka Raed terpaksa akur dengan keputusan
mahkamah yang tidak memihak kepadanya.
Bahagian kedua pula berkisar tentang penangkapan Raed
kerana disyaki membunuh Datuk Seri Buyung sehari selepas keputusan yang
tidak memihak kepadanya. Bukti memang jelas yang Raed terlibat dalam
pembunuhan walaupun Raed mengakui yang dia berada bersama isterinya
sepanjang malam. Lagipun, macam mana Adani, isteri Raed nak meyakinkan
pihak polis tentang alibi yang ada sedangkan dia cacat pengelihatan? Di
hari perbicaraan, Raed di culik. Adani juga turut diculik. Pihak polis
menyangkakan itu helah Raed disebabkan kepakarannya dalam bidang
undang-undang. Tapi siapa sangka, penculik Raed sangat licik dan memberi
syarat supaya Raed membunuh 3 orang dalam masa 3 hari untuk
menyelamatkan Adani. (Untuk bahagian ini ada sedikit kejanggalan bila
penulis penggunakan POV 1 untuk menceritakan perihal pihak yang berada
di POV 3. Hmm..)
Bahagian ketiga pula membawa kita mengenali latar
belakang suspek yang terlibat dalam 'konspirasi' penculikan Raed dan
Adani. Heh. Siapa sebenarnya pembunuh Datuk Seri Buyung? Dan apa pula
kaitannya dengan penculikan Raed dan Adani?
Komen saya: Tak dapat dinafikan, setiap karya penulis ini memang
mampu mengundang rusuh adrenalin dan juga membuat otak kita berfikir
dengan lebih efektif. Serius, memang tak boleh jangka siapa pembunuh dan
penculik sehingga masuk bahagian ke 3. Rasanya secara tak langsung
penulis nak beritahu kita bahawa dalam dunia ni memang ramai orang gila.
Sanggup lakukan apa saja untuk capai apa yang mereka mahukan termasuk
membunuh. Haish. Tahniah buat penulis sebab berjaya buat watak
penjenayah bijak sekali lagi. Hahah. Tapi jenayah terancang begini bukan
untuk dipraktikkan ya? :P
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment