Tajuk: Guy Next Door
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 487 mukasurat
ISBN: 9789670448633
Suka:
1. Pertama sekali mestilah Encik Adam Putra Iskandar (Adam) yang
supercool,
anak dan adik yang baik sebab sanggup korbankan cita-cita dan impian
hanya kerana nak menjaga seorang emak (ada lagi tak lelaki mcm ni? Kalau
ada nak cop 1 :p). Adam ni juga merupakan seorang kawan dan jiran yang
protective. Tapi tak sangka pula boleh bertukar jadi suami yang....... Ehem, orang yang baik ni pun ada sisi 'nakalnya' juga okay? :p
2. Makcik Umi
The Legend.
Kehkehkeh. Bukan apa, karakter makcik yang selamba dan bercakap tanpa
bertapis ni mengingatkan saya kepada Makcik Sarimah (emak Uwais, Suami
Yang Ku Benci). Jenis orang yang tak simpan dalam hati.
Straight forward
punya orang. Takde konar-konar. Sungguh pun begitu, Makcik Umi ni
memang jiran yang baik. Tak pernah berkira nak membantu keluarga Adam
bila mereka ditimpa musibah. Ialah, nama pun berjiran, kan? Cuma agak
ralat bila watak Makcik Umi ni terhenti macam tu saja.
3. Ikatan
kekeluargaan yang erat ditunjukkan dalam keluarga Adam dan Kristal.
Hormat- menghormati dan bertolak ansur dapat kita lihat dlm keluarga
Adam. Contohnya, kakak-kakak Adam bergilir menghantar emak mereka ke
hospital untuk pemeriksaan kesihatan sementara Adam pula
bertanggungjawab menjaga kebajikan emak mereka di rumah.
4. Semangat kejiranan yang utuh. Saling bantu membantu dan bukan hanya sibuk menjaga tepi kain orang. :D
5. Sisi watak Kristal yang teguh pendirian dan tak makan dek pujuk rayu lelaki macam Fandi tu.
Kurang gemar:
1.
Kristal yang digambarkan lepas laku masa berhubungan dengan Fandi.
Walaupun tak pernah terlanjur tapi tetap tak manis ya adik-adik?
2.
Watak Kristal yang suka prasangka dan beremosi tak tentu fasal. Haha.
Tapi, saya setuju dengan pendapat Airina, Kristal ni umpama peneutral
watak Adam yang manis itu. :D
3. Ada sesetengah adegan yang pada
pendapat saya, kalau tak ada pun tak mencacatkan jalan cerita.
Terutamanya adegan terlebih gula. Adam tu dah cukup manis dah. Ditambah
gula memang boleh diabetes jadinya. :P
Komen saya:
Keseluruhannya, saya suka kisah ni. Terutamanya Adam. Eh? Haha.
Terhibur. Tersengih. Tergelak. :D Tahniah dan selamat kembali menulis
Kak Rose. Moga terus berkarya. :)
2 comments:
ye, cik haja! stuju sgt2 dgn rumusan awk! 5 bintang!!
sufi (",)
dah lama tak baca novel penulis ni
tak sangka dia ada novel baru
nak kena carilah novel ni
Post a Comment