Tajuk: Detak Jantung Dia
Penulis: Aidah Bakri
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman: 402 mukasurat
ISBN: 9789670508566
Afra:
Kerana masalah kesihatan Puan Jasmine, Afra
dibesarkan oleh keluarga Umi Majidah, ibu susuannya di Darul Hanan,
sebuah rumah anak-anak yatim yang diusahakan oleh Umi Majidah dan
suaminya, Abi Daud. Selepas beberapa tahun, Afra diambil semula oleh
kedua orang tuanya. Namun, kepulangan Afra tak pernah mendapat layanan
selayaknya. Puan Jasmine dan Tuan Kazim lebih suka memanjakan Hanif,
sepupu Afra berbanding anak sendiri. Semakin meningkat usia, hubungan
antara Afra dan kedua orang tuanya semakin jauh. Sungguh pun kedua orang
tuanya tak begitu suka Afra berhubungan rapat dengan penghuni Darul
Hanan, Afra lebih senang menghabiskan masanya di situ. Di situ juga Afra
bertemu dengan Samir, yang sentiasa berupaya mempengaruhi
debaran-denyut-detak jantungnya. Namun, bila debaran hati sudah berlagu
seiring, Afra dikejutkan dengan berita rencana pertunangannya dengan
Hanif yang telah diatur oleh kedua ibu bapa mereka. Jadi, jalan mana
yang perlu dipilih Afra? Ikut kata hati sendiri atau akur dengan pilihan
keluarganya?
Samir:
Saat pertama kali
bertentang mata, memang tidak dinafikan Afra punya tarikan tersendiri.
Lantas, dengan bantuan Firdaus, kawan baik yang juga merupakan abang
susuan Afra, Samir memulakan langkah. Salam perkenalan yang dihulur
disambut baik oleh Afra. Mereka mula mengenali diri masing-masing
dengan sokongan kuat ahli keluarga Darul Hanan. Yakin dengan rasa
debaran-denyut-detak jantung masing-masing, Afra dilamar. Cuma yang
menjadi halangannya adalah Tuan Kazim yang terang-terangan menentang
hubungan Afra dan Samir. Alasannya, mereka sudah bercadang untuk
menyatukan Afra dan Hanif untuk meneruskan legasi perniagaan mereka.
Kemudian, muncul pula Doktor Lalila yang tak sudah-sudah mengejar
Samir. Jadi, bagaimana penyudahnya hubungan Afra dan Samir?
Hanif:
Hubungan
Hanif dan Afra memang rapat ibarat adik beradik. Ialah, mereka berdua
anak tunggal dan sentiasa bersama semenjak Afra kembali bersama tinggal
keluarganya. Mereka sentiasa ada untuk satu sama lain memandangkan kedua
ibu bapa mereka sentiasa sibuk menguruskan perniagaan. Berbeza dengan
Afra, Hanif dewasa sebagai seorang lelaki yang suka bersosial dan
berfoya-foya. Rancangan pertunangannya dengan Afra mula membuat Hanif
memandang Afra dari sudut berbeza. Dalam diam, perasaannya terhadap Afra
telah mula bertukar rentak. Namun, Hanif bukanlah orangnya yang akan
mengambil kesempatan dikala peluang terbentang di depan mata. Perlukan
Hanif beralah atau tetap teruskan majlis pertunangan untuk memuaskan
hati keluarga mereka?
Komen saya: Indah. Rasa terbuai
dengan gaya bahasa penulis ni. Puitis dan penuh metafora. Phew. Suka.
Dan suka Hanif juga. Suka dengan pilihan dan apa yang telah
dilakukannya. Salute dengan tindakan Hanif yang berani menegur
kedua ibu bapa Afra yang dah jauh tersasar tu. Dia pandai manipulasi
kelebihan dia untuk pujuk kedua ibu bapa Afra. Eh, dah bias ni. Hahaha. Tahniah buat penulis atas garapan penuh bahasa indah ni. Moga dikurniakan lebih banyak ilham untuk berkarya.
Petikan dari halaman 375 yang saya sangat suka:-
“Tak suka dipanggil sayang?”
Afra angguk.
“Pelik”
“Suka
sayang yang hati rasa. Tak perlu jadi sebutan di bibir...tapi hati
dapat rasa. Sayang di mulut kadangkala sekadar sebutan tak bermakna.
Lagipun kalau sayang selalu sangat diucap, manisnya akan hilang.”
Self note:
Untuk memaknakan rasa sayang tu tak perlu diucap selalu. Nanti manisnya
cepat hilang. Takut daripada manis terus rasa tawar bila dah selalu
sebut. ;)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment