Sunday, April 26, 2015

#1 Kompilasi Hikayat Cinta

Posted by Hajar at 9:34 PM 0 comments
#1 Kompilasi Hikayat Cinta#1 Kompilasi Hikayat Cinta by Sera Elya
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Penerbitan Pena Magis
Harga: RM 26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  340 mukasurat
ISBN: 9789671305010

26-04-2015

Kompilasi cerita pendek bertemakan cinta. Menarik sebab kebanyakan plot ceritanya fresh. Cuma terkadang ada rasa tak puas hati sebab ceritanya tiba-tiba dah tamat. Macam eh, takkan macam tu je? Aduhai.. Apa pun, tahniah buat penulis atas usaha menerbitkan karya ini. :)

Dangerous Mine - 3*
Kata orang kisah mereka itu kisah cinta terlarang.
Kata Feyya, kisah mereka hanya cinta platonik semata.
Bagi Lanz pula, mereka bagaikan duduk dalam kotak kaca. Hanya saling melihat tapi tidak dapat menyentuh.
Namun, apa yang akan terjadi bila perasaan cinta yang dianggap platonik dan sementara itu berjaya direalisasikan?

Best Friend Ke? - 3*
Illara dan Iddin bersetuju untuk disatukan bila pujaan hati mereka (Zuddin - kembar Iddin dan Halina) merancang untuk berkahwin. Keakraban mereka berdua menyebabkan keluarga bercadang untuk menyatukan mereka serentak dengan majlis Zuddin dan Halina.

Sebenarnya tujuan Illara dan Iddin cuma satu, pisahkan pasangan Zuddin dan Halina untuk kepentingan mereka. Cuma mereka tak sedar yang niat jahat mereka itu akhirnya memakan diri sendiri.

Suka kisah ni. Cuma penamatnya macam terlalu pantas. Tiba-tiba je dah habis. Haish.

Suamiku Orang Muda - 3*
Kekecewaan lalu membuat perasaan Erza beku terhadap lelaki. Namun kehadiran Rashdan sedikit demi sedikit mula memberi impak terhadap dirinya. Cuma rasa rendah diri disebabkan jarak usia mereka membuatkan Erza menjauh.

Penolakan Erza tidak membuatkan Rashdan beralah. Usaha dan kasih sayang yang ditunjukkan akhirnya berjaya meruntuhkan sedikit tembok kebekuan Erza.

Mampukah mereka berbahagia bila minda Erza masih dihantui rasa rendah diri dengan perbezaan umur dan pelbagai cerita tentang dirinya yang mula meniti di bibir masyarakat di kampung Rashdan?

View all my reviews

Tuesday, April 21, 2015

Desaturasi Merah Jambu

Posted by Hajar at 9:28 PM 0 comments
Desaturasi Merah JambuDesaturasi Merah Jambu by Ladynoe Mohamed
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Dubook Press
Harga: RM20.00
Halaman: 158 mukasurat
ISBN: 9789671209455

3.5*

21-04-2015

Satu lagi blook yang dah lama duduk terperuk dalam kotak telah berjaya dikhatamkan. Yay. Hihi

Ini cumalah catatan perjalanan sang Hawa sedari waktu kecilnya hingga ke dewasa. Bagaimana beliau mendepani segala jerih payah sepanjang hidupnya. Jerih payah tu bukanlah maknanya penulis banyak mengeluh. Tidak. Cuma kebanyakan catatannya itu memang untuk di ambil perhatian dan juga pengajaran.

Speechless sebenarnya bila sampai ke bahagian catatan yang mencoret musibah yang melanda kehidupan rumahtangga penulis. Fuh. Ya, bukan semua benda yang kita harapkan itu bakal kita dapat keseluruhannya. Mungkin ada sebahagian harapan dan permintaan kita itu Sang Pencipta belum mahu beri agar kita selalu meminta dan terus mengingatiNYA selalu.

Jujurnya saya tak pernah mengikuti blog penulis. Tapi, suka susunan entri dalam buku ini. Boleh dikatakan berturutan walaupun mungkin timeline berbeza. Memang dah macam baca travelog. Dan saya harap penulis terus tabah dan kuat untuk berdepan dengan segala dugaan mendatang. :)

View all my reviews

Monday, April 20, 2015

Demi Waktu Demi Nina

Posted by Hajar at 9:28 PM 0 comments
Demi Waktu Demi NinaDemi Waktu Demi Nina by Nisyah
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  455 mukasurat
ISBN: 9789670508900

Terngiang-ngiang lagu Hajat nyanyian Haida usai menutup buku ni. :(

"Kita saling kasihi
Jadikanlah itu memori
Sayangku moga kau tahu
Tidak semua cinta bersatu"

T_____T

19-04-2015

Dah kebah sikit kesedihan baru boleh menaip. Phew.

1. Saya suka kisah ni sebab sangat realistik dengan kehidupan harian kita.

2. Tak ada langsung unsur-unsur fairy tales yang buat kita terbuai-buai dengan karakter yang dipaparkan. :)

3. Zahruddin Zaki (Din) cumalah seorang bekas penagih yang mencari jalan pulang. Perjalanan itu menemukannya dengan Nina, sukarelawan yang menjadi kaunselor di pusat pemulihan yang menempatkan Din.

4. Hubungan yang pada awalnya cumalah berlandaskan hubungan antara kaunselor - pelatih akhirnya berubah arah bila Din mula menyedari cinta pandang pertamanya terhadap Nina.

5. Tanpa ayat berbunga-bunga dan 'terlebih gula' pun kita dapat rasa betapa manisnya hubungan cinta mereka berdua ni. Ini baru betul gaya orang dewasa bercinta, kan? ;)

6. Tragedi yang menimpa Din membuat mereka terpisah walaupun Nina yakin yang Din akan 'kembali'. :(

7. Realitinya, seteliti / secantik mana pun susunan perancangan kita, penentu kesudahannya bukanlah di tangan kita. Redha dan tawakal insya-Allah akan jadi ubat kekecewaan.

8. Tiada siapa yang patut dipersalahkan. Takdir dan ketentuanNya buat mereka terpaksa beralah. :(

9. Tahniah dan terima kasih buat penulis atas garapan kisah penuh realistik. Sesekali dihidangkan dengan kisah begini mampu buka mata kita dari sudut pandang yang berbeza. :)

10. Rasa macam nak sambung nangis. Uwaaaaa! T___T

View all my reviews

Saturday, April 18, 2015

Pakar

Posted by Hajar at 9:49 PM 0 comments
PakarPakar by Nadia Khan
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 9.90 (e-book)

Sabah/ Sarawak: RM -
Halaman: 209 mukasurat
ISBN: 9789670750712


15-04-2015

Gara-gara tak yakin dapat pergi PBAKL tahun ni, dengan gigihnya saya beli ebook buku terbaharu Nadia Khan ni. Hikhik. Maafkan saya rakan-rakan sebonet, saya tak mampu untuk menahan diri daripada 'membakar' kalian. :P

Untuk buku ini ada dua buah cerita pendek tentang 'pakar' dalam bidang masing-masing. Dan seperti mana yang tercatat dalam blurb buku ini, apa akan jadi sekiranya pakar itu (yang sepatutnya membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka) sendiri yang bermasalah? :)

Agensi Curi Jodoh

1. Saya suka dgn kesudahan yang buat Liya sedar tentang risiko terhadap keinginan dan kehendaknya yang teringin bersuami berkedudukan dan stabil. Lebih-lebih lagi bila sejarah keluarga Khairy jelas menunjukkan ada sesuatu yang tak beres.

2. Kata Liya; Kebenaran itu memang pahit. Dan kebenarannya - apa yang seorang lelaki buat pada perempuan lain untuk bersama kita , dia juga boleh buat perkara yang sama pada kita untuk bersama dengan perempuan lain. BINGO!

3. Kisah Erin - Ben - Julia tu kalau dapat dikembangkan lagi pun menarik sebenarnya. :) Tapi tak suka Ben. Selfish. Tapi memang hakikatnya perangai kebanyakan lelaki macam tu kot? :P

Pakar Sakit Hati

1. Dr Max dan Dr Sandra, berdepan dengan masalah pasangan yang mendapatkan khidmat nasihat mereka tak sesukar berdepan dengan masalah individu dengan pasangan halimunan.

2. Kisah ni fast paced. Yelah, cerita pun pendek aje kan? Cuma mungkin pengakhirnya buat kita rasa tertipu seperti mana Dr Max dan Dr Sandra. Haha.

3. Rupanya ada beza antara psychologist dan psychiatrist. Hmm, baru tau. Bukan sekadar beza ejaan saja ya? Terima kasih penulis untuk pencerahan.

Komen saya:

1. Worth buying and worth reading .
2. Bahan bacaan pilihan untuk pembaca yang cari kelainan sebab 2 kisah ni memang non-cliche.
3. Seperti biasa penulis akan 'menutup' ceritanya dengan persoalan yang akan buat kita terfikir sendiri.
4. Tahniah buat penulis sebab masih kekalkan identiti dan momentum yang sama. :)
5. Selamat membeli dan membaca (terutamanya untuk geng sebonet. :) )

View all my reviews

Friday, April 10, 2015

Arluna

Posted by Hajar at 10:24 PM 0 comments
ArlunaArluna by Rin Ahmad
My rating: 3 of 5 stars


Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  448 mukasurat
ISBN: 9789670448596


3.5*

05-04-2015

Habis juga baca buku ni setelah lebih setahun tersimpan. Lol. Bukan apa, cerita ini pernah dibaca di blog hingga penamatnya, jadi saya tak mengharap sesuatu yang lebih. Cuma buku ini saya capai kerana saya mahu memotivasikan diri yang sedang dilanda stress sepanjang minggu. :)

Sebenarnya saya dah pernah review Arluna di beberapa tahun lepas. Review ada kat sini

Walau sudah membaca berkali-kali, saya masih sukakan watak Arluna yang digarap. Sungguh pun kadangkala Arluna masih bersikap keanakan, dia masih mampu bertindak rasional most of the time (tapi tak termasuk mensabotaj bekalan elektrik ke rumah sendiri kerana marahkan suami ye? Haha).

Terima ajelah hakikat yang kebanyakan lelaki kurang sensitif dengan perasaan perempuan terutamanya isteri. Kadang-kadang niatnya memang baik, macam Johan yang kononnya tak berterus terang dia pergi melawat Fazleen sebab tak mahu Arluna terluka. Tapi dia tak fikir apa pula tanggapan Arluna bila dia melawat Fazleen secara sembunyi tu? Hmmm...

Ingatan untuk diri sendiri juga ni. Apa yang penting??? Komunikasi berkesan. Bukan komunis. Lol.


View all my reviews

Stingarden

Posted by Hajar at 10:21 PM 0 comments
StingardenStingarden by Sinaganaga
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: PTS Fortuna Publications & Distributors Sdn Bhd
Harga: RM13.90
Sabah/ Sarawak: RM 15.90
Halaman: 154 mukasurat
ISBN: 9789675136375

02-04-2015

Gara-gara mengemas buku untuk dijual saya terjumpa blook comel ini. Lama tersorok rupanya. :P

Himpunan kisah dan entri yang dicedok dari blog Sinaganaga. Kisah-kisah tentang seputar kehidupan penulis di kawasan setinggan. Memang cukup menghiburkan walau ada ketikanya terselit juga sindiran halus berhubung isu-isu semasa yang tak pernah 'luput' ditelan waktu.

Memang kena sangat buku ni dengan mood membaca saya yang macam kapal karam sekarang ni.

Jujurnya saya mula mengenali Sol-jah setelah membaca salah satu blook terbitan mereka dan turut menyedari ke'otai'an mereka selepas itu. Hihi. Tapi lepas kebangkitan media sosial lain sekarang ni entahkan masih wujud atau tidak blog mereka ini, kan? :)



View all my reviews
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review