Tajuk: Cooper - K
Penulis: RodieR
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 564 mukasurat
ISBN: 9789670508580
Perkenalan secara tak sengaja antara Amilia Aisya (Mia) dengan Muhamad
Khairul Fairuz (Cooper) telah membawa banyak perubahan dalam dirinya.
Daripada seorang perengus dan suka menyumpah, perlahan-lahan Mia berubah
ke arah yang lebih positif. Kalau ikutkan, mereka ni bukan dari kursus
yang sama pun. Tapi entah macam mana si Cooper ni putar belit ayat
sampai Mia setuju untuk belajar bersama dengan Cooper. Walhal sebenarnya Mia ni bukan jenis berkawan rapat dengan lelaki pun. Mereka
saling membantu dan saling menyokong dalam hal pelajaran mahu pun hal
peribadi. Namun, hubungan baik yang sedia terjalin tercalar bila Cooper
meluahkan hasrat hati. Kemarahan Mia menyebabkan Cooper hilang daripada
hidup Mia. Hilang tanpa dapat dikesan pula tu. Walaupun kesal dengan apa
yang telah diucapkannya, Mia terpaksa akur yang Cooper sudah tidak mahu
menghubunginya.
Lima tahun berlalu, mereka ditemukan kembali di
bawah satu bumbung. Mia pelik bila Cooper seolah-olah tidak pernah
mengenalinya. Takkan sebab penolakan Mia Cooper terus lupakan Mia?
Hubungan yang dah sedia keruh antara mereka berdua makin terasa
menyesakkan bila tiba-tiba keluarga bercadang untuk menjodohkan mereka
berdua. Walaupun agak keberatan, mereka akhirnya setuju dengan
perancangan keluarga mereka. Cooper bersetuju hanya kerana tak mahu
kesihatan ibunya terganggu sementara Mia pula mahu memberi peluang kedua
kepada mereka berdua dalam sebuah hubungan. Yang penting hubungan yang
halal.
Malangnya perkahwinan yang diharap dapat merapatkan
jurang tidak pernah berlaku. Mereka tetap seperti orang asing. Seorang
ke timur dan seorang ke barat. Namun, bila menyedari perasaan sendiri,
Mia mula bertekad untuk mengubah suasana rumahtangga mereka. Mampukah
Mia mengecap bahagia bila anak dalam kandungannya menjadi taruhan? Dan,
apakah sebenarnya yang terjadi kepada Cooper sehingga dia disahkan
amnesia?
Komen saya: Bagi yang telah membaca kisah Is dan
Ain pasti dah dapat gambaran tentang Mia dan Cooper ni kan? Watak mereka
pernah diselitkan dalam
Nyanyian Hati.
At first,
memang saya tak suka karakter Mia. Macam tak seimbang. Ialah, jaga
pergaulan, jaga aurat tapi tutur kata tak dijaga. Realitinya memang
ramai macam tu kan? Hmm... Kemudian karakternya makin seimbang selepas
bertemu Cooper. Memang tak dinafikan Cooper memang banyak bawa impak
positif kepada hidup Mia. Jadi memang tak mustahil kehilangan Cooper
sangat mempengaruhi emosi Mia. Seperti
Nyanyian Hati, kisah ini juga turut menyelitkan tentang hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Cuma jujurnya, bagi saya, penulis perlu
create
identiti sendiri dalam penulisan agar tak dibayangi cara penulisan
orang lain. Bukan apa, ada ketikanya waktu saya membaca Cooper-K ni saya
rasa seperti membaca karya penulis lain. Atau, adakah sebenarnya mereka
individu yang sama? (Ehhh, tiba-tiba nak berspekulasi pula ya? Hehe..)
Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran naskhah ini dan yang
terbaru, One Fine Day (yang bakal diterbitkan sempena pesta buku akan
datang ini). Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)
0 comments:
Post a Comment