Tajuk: Tiba - Tiba Dia Ada
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman: 647 mukasurat
ISBN: 9789670567211
Kalau dulu kita pernah menangis bersama Mukhlis dan Anahara dalam kisah Ku Ingin Milikimu,
kali ni kita di bawa mengikuti perjalanan Aryana Mukhlis, anak sulung
pasangan ini. Aryana dikatakan cukup istimewa bagi mereka berdua kerana
lahir di tengah kemelut rumah tangga kedua ibu bapanya. Aryana
dibesarkan mengikut gabungan acuan kedua ibu bapanya. Dalam
kelembutannya tersembunyi ketegasan yang membuat si bapa begitu
mempercayainya untuk menerajui Muhara. Cuma ibu bapa mana yang tak risau
bila si anak belum berteman bila umur sudah menghampiri 30-an?
Tiba-tiba muncul Zakhri Adha (Ayie), anak lelaki tunggal Zafran dan Anaresa (Kerana Sekali Cinta)
yang bakal dijodohkan dengan Aryana. Walaupun kedua ibu bapa Aryana
menyerahkan 100% keputusan di tangannya, Aryana dapat merasakan yang
mereka mengharapkan Aryana menerima Ayie. Setelah penat bersoal jawab
dan bertarik tali, kedua mereka akhirnya ditunangkan dan dinikahkan
dalam tempoh kurang dari dua minggu. Phew, memang ekspres.
Namun, bila mengetahui hakikat mereka disatukan memang melukakan Aryana.
Mana tidaknya, kedua ibu bapa Ayie mengesyaki yang Ayie sebenarnya gay
selepas menerima sekeping gambar Ayie dan teman serumahnya dalam keadaan
yang mencurigakan. Erk! Jadi, Aryana dipilih untuk memimpin Ayie pulang
ke pangkal jalan. Walau puas dinafikan Ayie, kedua ibu bapanya tetap
bertegas untuk menjodohkannya dengan Aryana. Aryana memilih untuk
mempercayai Ayie walaupun kedua ibu bapa mertuanya sendiri mencurigai
Ayie. Di sinilah kita nampak kematangan Aryana yang tak mudah melatah
dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
Pulang ke Berlin, dalam tempoh mereka berdua mula menyesuaikan diri
antara satu sama lain, satu demi satu kebenaran terungkap. Termasuklah
hakikat yang Ayie sebenarnya dah lama menyimpan perasaan terhadap
Aryana. Pengakuan Ayie ni tiba-tiba buat saya teringat Shark dan Anaz
(Lazuardi). Macam manalah rasanya bercinta dengan lelaki yang lebih muda
bertahun-tahun eh? Hehe. :P
Sesuatu berlaku kepada Muhara dan memerlukan kehadiran Aryana. Mampukah
Aryana dan Ayie menangkis segala dugaan dan cabaran yang melanda di saat
mereka berjauhan?
Komen saya : Banyak sangat perkataan tiba-tiba, oh maiii
dan juga 'bau hanyir' yang (bagi saya) agak mengganggu pembacaan. Letih
kot baca pengulangan yang berkali-kali. Tapi, sikap Aryana yang matang
banyak menyelamatkan paras mood saya. :) Yelah, selalu kita
dihadapkan dengan heroin yang suka melarikan diri bila ada masalah atau
kecewa dengan pasangan (yang kadangkala mencecah beberapa tahun). Aryana
ni boleh masuk kategori heroin jiwa kental err, walaupun pernah juga
tertewas dengan fitnah. Lumrahlah kan? Mana ada manusia yang sempurna?
Sokongan ahli keluarga juga buat Aryana kuat berdepan dengan segala
cabaran. :) Tahniah RM untuk Arayie. Boleh tak nak kalau request sambungan kisah Aryan / Julita atau kisah Auni / Iman Firdaus? :p
P/s : Sekali lagi kredit untuk Mai. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment