Tajuk: Hadirkan Cinta Buat Aku
Penulis: Tulip Ungu
Penerbit: Intens Idea International Sdn. Bhd.
Harga: RM 25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman: 628 mukasurat
ISBN: 9789675289262
Kerana tak mahu memenuhi permintaan melampau bapa saudaranya, Sara
Adelina (Sara) melarikan diri dari rumah. Pelarian itu menemukan dirinya
dengan keluarga Syarifah Radziah. Kenaifan dan keikhlasan Sara mengasuh
Emma Safiyya menambat hati tua Syarifah Radziah. Lantas dia
mencadangkan Syed Ziqri untuk melamar Sara untuk menjadi pengganti
isteri sekaligus menjadi ibu kepada Emma Safiyya.
Perkahwinan mereka berlangsung dan segalanya tampak sempurna sehinggalah
Syed Ziqri tiba-tiba menyedari yang dia sebenarnya masih belum dapat
melupakan Syarifah Sofea, arwah isterinya. Syed Ziqri meninggalkan
keluarganya dan isteri yang sudah berbadan dua untuk mencari ketenangan.
Kononnyalah. Heh.
Lima tahun kemudian Syed Ziqri kembali dengan niat untuk mengahwini
kekasihnya, Syarifah Letisha yang juga merupakan sepupu kepada arwah
Syarifah Sofia sekaligus menyelesaikan isu perkahwinannya dengan Sara.
Kepulangan Syed Ziqri menemukannya dengan isteri yang semakin matang
berserta anak-anak yang telah ditinggalkannya. Sara yang masih berjauh
hati dengan Syed Ziqri tak pernah mengendahkan kepulangan suaminya.
Kerana rasa tercabar dengan sikap tak endah Sara, Syed Ziqri berusaha
menarik perhatian Sara dan anak-anaknya. Tanpa disedari rupanya
tindakannya itu membuat dirinya makin terikat dengan isteri dan
anak-anaknya.
Bila menyedari yang dirinya sudah mula terikat dengan isteri dan
anak-anak, Syed Ziqri memutuskan hubungan dengan Syarifah Letisha dan
memulakan misi menambat hati Sara. Sara pula bukannya tak sayangkan Syed
Ziqri, tapi kerana kecewa ditinggalkan selama bertahun-tahun, Sara
bimbang Syed Ziqri hanya mahu merampas perhatian anak-anak daripadanya.
Usaha Syed Ziqri tidak sia-sia bila akhirnya Sara turut membalas kasih
sayangnya. Namun sesuatu berlaku kepada syarikat memaksa Syed Ziqri
meminta pertolongan Syarifah Letisha. Tegakan Syed Ziqri melukakan Sara
sekali lagi semata-mata untuk menyelamatkan perniagaan keluarganya?
Komen saya: Cerita ni memang menuntut kesabaran emosi berganda lebih-lebih lagi bila melibatkan Syed Ziqri. Tak suka Syed Ziqri bila dia:
1. Tak bertanggung jawab dan lari tinggalkan isteri dan anak selama
bertahun-tahun. Bukannya Sara tak pernah hubungi dia tapi boleh dia buat
tak endah? Huh..
2. Pernah fikir nak ‘serahkan’ Sara kepada kawan baiknya sendiri sebelum dia tinggalkan Sara. Hilang akal ke apa lelaki ni?
3. Berlengah-lengah nak buat keputusan selepas balik ke Malaysia.
4.
Tak mahu mengaku perasaannya terhadap Sara sedangkan dia sedar dan rasa
tercabar bila tahu Sara sentiasa jadi perhatian lelaki lain.
Mujurlah gambaran wataknya makin ‘putih’ selepas dia sendiri menyedari
perasaannya terhadap Sara. Dan, saya sukakan watak Sara Adelina yang
tegas dan tak mudah mengalah. Tak pernah sekali pun dia tergoda atau
termakan dengan pujuk rayu lelaki sebab masih sedar dengan kedudukan dan
statusnya sebagai seorang isteri.
Saya tak pernah baca buku-buku terdahulu penulis jadi tak boleh nak
bandingkan gaya bahasanya dalam karya terdahulu. Tapi jujurnya saya
senang dengan gaya bahasa penulis ni. Cuma ada beberapa kesilapan
penggunaan kata nama khas yang mungkin tak disedari semasa proses
pengeditan. Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran karya
ketiganya. Semoga maju jaya untuk karya-karya seterusnya. :)
0 comments:
Post a Comment