Tajuk: Mungkinkah?
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM32.00
Sabah/ Sarawak: RM 35.00
Halaman: 926 mukasurat
ISBN: 9789670448602
Setelah sekian lama menanti, akhirnya muncul juga karya kelima penulis
ini. Saya setuju dengan pendapat seorang teman yang mengatakan bahawa
kita jarang bertemu watak antagonis lelaki dalam sesebuah karya. Kali ni
bukan setakat seorang, ramai pula tu. Hish!
Radhi:
Perkahwinannya dengan Arisa hanya
membahagiakan di permulaan. Selepas beberapa bulan kemudiannya, Radhi
mula memeras wang Arisa. Atas keyakinan yang Radhi akan berubah, Arisa
mendiamkan perbuatan Radhi sehinggalah mereka terpaksa berpindah ke
rumah keluarga Arisa kerana tak mampu hendak membayar sewa rumah. Belang
Radhi terbongkar jua akhirnya. Namun, Radhi tak pernah kisah malah
masih tega menyusahkan Arisa dan keluarganya. Sanggup pula berkahwin
kali kedua walaupun dah nyata tak mampu nak menyara keluarga. Untuk
melepaskan Arisa, Radhi meminta sejumlah wang untuk tebus talak. Tiada
pilihan lain, Arisa terpaksa menebalkan muka meminjam wang daripada
Encik Karim, majikannya.
Karim:
Majikan Arisa ini memang ‘nampak’ baik. Bila
tahu Arisa dalam kesusahan dia tak keberatan membantu. Sejumlah wang
dipinjamkan kepada Arisa untuk membolehkan Arisa membebaskan diri
daripada ikatan perkahwinannya. Namun, siapa sangka ‘kebaikan’ majikan
Arisa ini dipergunakan oleh Radhi untuk memeras ugut sekaligus memfitnah
Arisa? Encik Karim pula seolah-olah mengiakan hubungan ‘skandal’nya
dengan Arisa. Haish. Yang paling menyedihkan bila fitnah yang ditaburkan
ini turut menyebabkan ayah kesayangan Arisa meninggal dunia akibat
serangan jantung. Tertekan dengan situasi dan fitnah yang membelenggu,
Arisa tekad meletak jawatan dan kebetulan terus ditawarkan peluang
pekerjaan di syarikat keluarga Zariff.
Zariff:
Pertemuan pertamanya dengan Arisa membawa
impak yang sangat besar dalam hidup Zariff. Rantai milik Arisa yang
ditemui menguatkan lagi semangat Zariff untuk mencari Arisa. Rupanya
pencariannya dipermudahkan bila Arisa memohon pekerjaan di syarikatnya.
Tanpa berfikir panjang, permohonan Arisa diterima dan Arisa akan menjadi
pembantu peribadinya. Bukan senang nak menjinakkan Arisa kerana Arisa
bukanlah seperti wanita-wanita yang pernah didampinginya sebelum ini.
Tapi, bila mengetahui yang Arisa terbelenggu dengan masalah hutang
dengan majikan terdahulu, Zariff mula menjalankan misi untuk ‘memiliki’
Arisa. Tersepit dengan hutang dan juga ugutan Zariff, Arisa memilih
untuk menikahi Zariff (semestinya tanpa pengetahuan Puan Zahra, ibu
Zariff). Sungguh pun niat asal Zariff hanyalah untuk memiliki Arisa,
namun lama-kelamaan Zariff akui perasaannya terhadap Arisa. Cuma, macam
mana caranya nak yakinkan Arisa sedangkan Puan Zahra sudah ada rencana
untuk menyatukan Zariff dengan Nabila?
Arisa:
Bagi Arisa pula, cinta tak membawa apa-apa
maksud kepada dirinya selain kegagalan dan kesengsaraan. Mana tidaknya,
walaupun dah bercerai, Radhi tak jemu-jemu menggangu hidupnya. Perbuatan
Radhi terhadap dirinya dan keluarga bawa impak besar sehingga Arisa
jadi keras hati dan kebal dengan pujuk rayu lelaki. Perkahwinannya
dengan Zariff pula ibarat keluar mulut buaya masuk ke mulut naga. Hasrat
Zariff untuk memilikinya terpaksa dihalalkan demi untuk melangsaikan
hutang Arisa. Selagi diperlukan, Arisa masih akan bersama Zariff. Bila
Zarif mula menyedari perasaannya, Arisa meragui. Sejarah warna-warni
hidup Zariff terlalu payah untuk disisihkan. Ditambah pula dengan
perancangan Puan Zahra untuk menyatukan Zarif dengan Nabila, menyurutkan
paras keyakinan Arisa terhadap luahan perasaan Zariff. Mungkinkah
hati Arisa yang beku itu bisa dilenturkan?
Komen saya: Memang karya penulis tak pernah menghampakan. Walapun
berpaksikan plot perkahwinan tanpa rela , garapan penulis berjaya buat
kita rasa tak jemu dengan ‘cerita yang sama berulang kali’. Gaya bahasa
yang biasa dan tak terlampau berbunga buat kita senang nak menghadam
cerita. Satu perkara tentang karya penulis ni yang saya suka adalah
penggunaan nama-nama biasa (atau nama golongan marhaen bak kata Airina)
untuk watak-watak dalam kisah-kisah yang dilakarkan. Takdelah sampai
tergeliat lidah nak menyebut nama watak kan? :P Dan satu lagi, saya suka
metafora penulis dalam menzahirkan adegan ‘terlebih gulanya’. Yang
terlampau tak jadi terlampau okay? Macam tengok cerita Melayu
dulu-dululah, lepas adegan pelakon wanita dan lelaki duduk berdua,
tiba-tiba muncul gambar rumput atau daun dengan titis embun. Ohh,
diorang berborak sampai pagi rupanya. Hahaha. Itu pemikiran kanak-kanak
seusia saya masa itulah. :P Eh, panjang pula komennya. Hahah. Tahniah
dan terima kasih diucapkan buat Kak Hanni Ramsul. Puas hati walaupun
buku cuma terbit setahun sekali. Moga dikurniakan ilham yang lebih
mantap untuk karya-karya yang akan datang. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment