Tajuk: Dia... Mr Model
Penulis: Wawa Taufik
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 542 mukasurat
ISBN: 9789671226742
Siapa sangka model terkenal yang berpakej lengkap boleh jatuh hati
dengan gadis biasa? Azka Mikael (Mika) tak pernah jatuh hati dan
berhubungan serius dengan mana-mana wanita sehinggalah dia bertemu
dengan Safa Salena (Safa). Hmm, lelaki macam ni satu dalam beribu kot?
Pertemuan pertamanya dengan Safa begitu membuatnya tertawan. Rupanya si
gadis idaman merupakan salah seorang pekerja kesayangan di hotel milik
keluarganya. Sayangnya Mika diberitahu bahawa Safa sudah pun bertunang.
Aiseh!
Safa pula sebenarnya masih lagi bersedih selepas pertunangannya selama 2
tahun putus di tengah jalan hanya kerana Adli (bekas tunangan Safa),
merasakan Safa terlalu kolot untuk dibawa bersosial. Aduhai. Macam ni
punya orang pun ada? Haish. Yang peliknya tak berapa lama lepas
pertunangan mereka putus, Adli ni macam orang gila talak, tak
habis-habis mengganggu Safa. Kebetulan, Mika datang menjadi penyelamat
dan bermulalah hubungan baik antara mereka berdua.
Bukan mudah Mika nak menawan hati Safa. Pakej lengkap yang dimilikinya
bahkan kedudukanya sebagai anak tuan punya hotel tempat Safa bekerja
bukan tiket untuk menggoda Safa. Namun, keikhlasan Mika mengatasi
segalanya. Gangguan demi gangguan yang daripada Adli terhadap Safa
membuatkan Mika tekad untuk melamar Safa. Yelah, selagi Safa masih belum
terikat, selagi itulah si Adli ni tak sudah-sudah mengganggu.
Namun, bila kebahagiaan mula menjengah, satu demi satu dugaan mendatang.
Mampukah Safa dan Mika mempertahankan kebahagiaan mereka?
Komen saya:
1. Cerita santai yang tak memberatkan kepala. Memang takde rasa nak campak buku masuk lombong pun. :)
2. Suka dengan suasana kekeluargaan yang ditampilkan. Perbezaan agama
dalam keluarga Mika bukan penghalang hubungan kekeluargaan yang utuh
antara mereka.
3. Pendidikan yang diterapkan keluarga Mika
padanya sampai dia sendiri tak pernah melampaui batas yang sepatutnya
walaupun banyak peluang untuk dia berbuat demikian. Phew!
4. Penggunaan bahasa ‘rojak’ yang kadangkala tak sesuai / tak kena tempat.
5. Agak ‘penat’ dengan sikap Safa yang terlampau rendah diri dan mudah dimanipulasi. Hadoi!
6. Azka Mikael yang terlebih gula.
7. Ada adegan manis bergula yang tak sesuai untuk tatapan umum. Jadi sendiri mau ingatlah ya? :)
8.
Apa pun tahniah dan syabas buat penulis atas percubaan pertamanya. Moga
dikurniakan ilham untuk menghasilkan kisah yang lebih ‘boom’ daripada
kisah Mika dan Safa. :)
P/s: Kredit untuk Mai. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
3 comments:
Tq hajar utk review ni... maaf di atas kekurangan ya? :) inshaaAllah akan diperbaiki untuk yg seterusnya ;)
Wawa Taufik:
Terima kasih kembali Wawa. All the best for your next novel. :)
Mana sy nk dapatkn novel ni yerr..minat gila tapi susah nk dapat..dah lama cari..pls siapa yg nk preloved novel ni pls ..pls..pls..emel sy
Post a Comment