Tajuk: Projek Memikat Suami (PMS)
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan Enterprise.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 525 mukasurat
ISBN: 9789671120828
Saya kira buku ini antara
e-novel yang sangat di nantikan oleh para penggemar dan pembaca
e-novel tegar. Hehe. Jadi, saya cuba untuk menaip secara santai yang boleh ya. Dan saya juga rasa ada yang kata cerita ni agak
over, tak logik dan tak sesuai untuk anak remaja (yup, yang ini saya setuju. Jadi adik-adik, sila cukupkan umur dulu baru baca ye?). Mungkin dari sudut pandangan kita sebagai orang timur, projek memikat suami si Husna ni agak
extreme dan tak sesuai dengan budaya kita. Tapi sebab dah nama pun fiksyen, maka pepandailah
distinguish antara yang baik dan buruknya ya?
Nawwal Husna (Husna) dan Zahrain Alimin (Zahrain) dijodohkan atas pilihan keluarga. Memang, kalau ikutkan kepala Husna tu memang dia tak ingin bersuamikan si mamat ketul ais beku yang ego tinggi melangit tu. Sebab bimbangkan perniagaan dan kesihatan bapanya, Husna sanggup berkorban meninggalkan keseronokan bersama 'geng kutu rayau' yang sibuk melancong selepas tamat pengajian mereka. Perjumpaan pertama dengan Zahrain, memang meranapkan impian untuk membahagiakan kedua ibu bapanya. Mana tidaknya, Zahrain awal-awal lagi dah tunjuk kebenciannya pada Husna. Konon Husna bukanlah
tastenya. Haish. Bila kena pujuk dan diugut oleh ibunya, pandai pula Zahrain ni mengalah.
Dari sinilah bermula peranan kakak Husna yang berdua tu dalam membentuk mentaliti Husna untuk mengharungi perkahwinannya. Banyak petua yang diturunkan oleh
master-ji dan
sidekicknya ni kepada Husna. Bak kata Kak Naja, kalau si ibu boleh berkenan dengan Husna, takkan Husna tak boleh buat anaknya pula jatuh suka kan?
Yang paling menyakitkan hati adalah, hari pertama berkahwin, si suami dah ada hajat nak berpoligami. Kesian Husna. Memang gigih nak tawan hati suami. Tapi suami boleh dok pertahankan ego kononnya takkan jatuh cinta pd isteri sendiri. Huh. Tapi bila nampak isteri dengan lelaki lain bukan main lagi melentingnya sampai bawa diri ke Hong Kong. Husna juga yang terpaksa mengaku salah lepas tu. Haish..
Ego Zahrain yang tinggi melangit tu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Adira, model terkenal yang pernah ada hubungan dengan Zahrain mula membuat onar dalam perkahwinan Zahrain dan Husna. Masa ni dapatlah kita tengok mamat ketul ais beku ni berusaha memikat isteri pula. Namun, berjayakah mereka menyelamatkan rumahtangga yang bila-bila masa bakal menyembah bumi tu?
Watak Husna ni memang berjaya mengubah tanggapan saya tentang heroin cerita-cerita berunsurkan kahwin paksa / kahwin aturan keluarga. Nak tahu selanjutnya kenalah baca sendiri ya? :)
Komen saya: Seronok tengok depa berdua ni main tarik tali walaupun kadang-kadang ada rasa macam nak campak je mamat ketul ais beku tu dalam lombong. Haha.
Overall saya berpuas hati dengan kisah ni. Plot dan konflik yang tak ada unsur sinetron. Hehe. Konflik pun berjaya diselesaikan dengan baik tanpa ada unsur-unsur pembalasan kejahatan pd watak antagonis. Hasil yang tidak begitu mengecewakan untuk seorang penulis baru. Tahniah Hanina untuk PMS. Moga bakal ada lagi karya yang bakal menyusul lepas ni. Oh, dan terima kasih juga untuk tandangan di buku saya. :)