Tajuk: Keranamu Aku Rela
Penulis: Sania Yasmin
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman: 452 mukasurat
ISBN: 9789831248089
Kisah yang dilakarkan oleh penulis kali ini saya rasa sangat meruntun perasaan. Antara buku yang saya rasa saya takkan ulang baca macam buku
Lili Buat Najah tu sebab tak sanggup nak mengalirkan air mata banyak-banyak. Huhu. Siapa yang gemarkan kisah air mata, buku ni memang salah satu pilihan buat anda. :)
Tasnim dan Jeffrey, cukup berbahagia melayari hidup berumahtangga walaupun hubungan mereka tak mendapat restu Hjh Fatimah, ibu Jeffrey. Kehadiran Haziq, anak istimewa yang menghidap autisme menambahkan lagi seri kebahagiaan dalam keluarga mereka.
Hjh Fatimah memang tak puas hati dengan Tasnim sebab dia rasa Tasnimlah penyebab Jeffrey menjauhkan diri daripadanya. Dia tak sedar agaknya sikapnya tu sendiri yang menyebabkan Jeffrey menjauh. Paling mengejutkan bila Hjh Fatimah ni sanggup nak
mandremkan anak sendiri supaya berpisah dengan Tasnim. Tapi tak berjaya pun sebab Jeffrey berjaya usir anasir-anasir tak baik tu dengan bantuan seorang kenalan bapa mertuanya.
Sayangnya bahagia yang mereka berdua kecapi ni berderai dengan sekelip mata bila Jeffrey disahkan menghidap leukimia. Jeffrey mula menjauhkan diri daripada Tasnim. Oleh kerana tak sanggup melihat Tasnim menderita Jeffrey dalam diam sudah mengaturkan jodoh untuk Tasnim. Seseorang yang dikenali oleh Tasnim dan juga dipercayainya untuk menjaga Tasnim dan Haziq selepas pemergiannya nanti.
Komen saya: Kisah ni sebenarnya simple je. Plot pun biasa je. Tapi penulis pandai memainkan emosi pembaca bila sampai
part Tasnim diceraikan Jeffrey tanpa apa-apa sengketa. Memang kesian sangat dengan Tasnim. Jeffrey pula walaupun dari satu sudut dia nampak sangat
selfish, tapi sebenarnya dia sangat sayangkan Tasnim dan Haziq sehingga sanggup minta Ashwin (bekas kekasih Tasnim) memperisterikan Tasnim setelah Tasnim diceraikan. Haish. Jujurnya saya tak suka watak Ashwin dalam buku ni. Nampak sangat dia ambil kesempatan di waktu kesempitan. Huhu. Saya
prefer watak Ashwin dalam e-novel Seindah Biasa dulu sebab nampak lagi gentleman. Ehem. Apa pun, tahniah untuk kak Sarnia untuk garapan yang menyentuh perasaan ini. :)
0 comments:
Post a Comment