Tajuk: Jangan Lupa Namaku
Penulis: Hananee Amir
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 629 mukasurat
ISBN: 9789675118944
Siapa sangka rumahtangga yang dah terbina bertahun-tahun dan sentiasa nampak bahagia akhirnya berkecai juga di pertengahan jalan? Begitulah yang terjadi kepada Aiman dan Amira. Setelah 7 tahun hidup bersama, mereka akhirnya ambil keputusan untuk berpisah hanya kerana Amira dah tak tahan dengan kata-kata orang sekeliling. Mana tidaknya, perkahwinan mereka selama 7 tahun belum dikurniakan zuriat. Puas berusaha dan berubat, rezeki masih belum berpihak kepada mereka. Aiman memang tak kisah sebab dia terlalu sayangkan Amira. Cuma Amira yang masih tak mampu menerima hakikat kekurangan dalam perkahwinan mereka itu.
Sekilas pandang, kita mungkin akan kata Amira ni pentingkan diri. Yelah, Aiman tu punyalah sayangkan Amira sampai sarapan pagi pun Aiman yang sediakan. Dia boleh sibuk nak bercerai. Sungguh tak bersyukur dah dapat suami baik macam tu. Tapi, bila fikir dari sudut pandang Amira pula, kita akan tahu betapa tertekannya Amira dengan situasi tu. Orang lain mana tahu apa yang Amira rasa bila dia ditanya soalan-soalan sensitif begitu.
Sebab terlalu sayangkan Amira, Aiman melepaskan Amira walaupun sebenarnya hatinya berat. Harapannya Amira akan sedar betapa eratnya kasih sayang antara mereka. Walaupun Aiman kata yang dia tetap setia menanti Amira kembali padanya, tak sekali pun Aiman memujuk Amira. Pelik kan? Aiman kata dia tak mahu memaksa Amira. Dia berikan Amira masa untuk bertenang agaknya. Cuma yang menariknya, lepas bercerai Aiman ni jadi stalker pada Amira sebab dia nak pastikan Amira sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Untungnya mereka ni dikelilingi oleh kawan-kawan yang menyokong mereka dalam keadaan apa sekalipun. Masa kritikal inilah Fuad dan Julia banyak memainkan peranan. Walaupun sedih dengan perpisahan Aiman dan Amira, mereka tetap menyokong dan membantu keduanya bila diperlukan. Mereka juga berperanan untuk menyatukan keduanya semula walaupun harapan agak tipis.
Bila kemunculan Johan, teman sekampung Amira, Julia serta Fuad, bunga harapan yang diharapkan Aiman bagaikan lenyap sekelip mata. Dalam masa yang sama muncul juga Nazrul dan Camelia (teman lama Aiman) yang berhasrat untuk memisahkan terus Aiman dan Amira. Bagaimana agaknya perhubungan Amira dan Aiman? Berjayakah mereka bersatu kembali atau masing-masing tetap memilih jalan hidup sendiri?
Komen saya: Kisah ni agak sinonim dengan masyarakat kita yang rata-ratanya ‘terlebih prihatin’ dengan hidup orang lain. Bila dah ‘terlalu prihatin’ mereka mungkin tak sedar yang sikap ‘prihatin’ mereka tu bakal meruntuhkan moral orang lain. Paling teruk kalau sampai meruntuhkan keluarga orang lain. Nauzubillah. Terima kasih dan tahniah kepada Hananee Amir untuk naskhah ini. Kisah yang berat jadi agak santai bila disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan selamba. Oh, jangan risau pengakhirannya tetap buat kita rasa bahagia. :)
2 comments:
Ending? apa jadi?
Awak rasa? Ahaha. ala, jrg kot writer buat ending yang twist sampai 360 darjah. :)
Post a Comment