Tajuk: Lamaran Buat Syifa
Penulis:Ana Yunisza
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 487 mukasurat
ISBN: 9789675118951
Pertemuan Syifa dan Sufyan pada hari pertama Syifa menjejakkan kaki ke Politeknik membuatkan Syifa menjadi
stalker pada Sufyan. Sebab tertarik dengan personaliti Sufyan setelah Sufyan membantu Syifa pada ketika itu menjadikan Syifa menjadi pemerhati setia Sufyan di Facebook.
Kali kedua bertemu mereka bertengkar pula. Atas sebab kesalahan yang tak disengajakan, Syifa dituntut membayar ganti rugi atas kecederaan yang dialami oleh Sufyan. Memang sengajalah tu Sufyan buat begitu sebab nak berkenalan dengan Syifa.
Tapi belum sempat pun Sufyan menyusun ayat, Syifa terpaksa menerima lamaran abang sepupunya, Syairy sebagai memenuhi wasiat arwah kakaknya yang mahukan Syifa dan Syairy menjaga anak-anaknya.
Bagi Syairy, peluang yang datang takkan di sia-siakan. Wasiat kakak Syifa umpama pembuka laluan untuk memiliki Syifa yang dicintainya sejak dulu. Cuma yang jadi masalahnya bila perkahwinan mereka ini dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakan Syifa di Politeknik. Syairy memang cukup bersabar bila Syifa tak pernah menyatakan perasaannya kepada Syairy. Ni terpaksa
top up tahap kesabaran lagi bila Syifa masih berhubung dengan Sufyan - walaupun atas dasar kawan sepengajian.
Syifa ni sebenarnya bukanlah jahil, dia tahu dan sedar di mana kedudukannya sebagai seorang isteri. Cuma bila datang si pendengki yang mahu meruntuhkan rumahtanggannya, luntur juga tekad yang ditanam dalam hati. Lebih-lebih lagi bila dia mula sedar perasaan yang ada untuk Syairy, si suami pula menjauhkan diri.
Apa agaknya tindakan Syifa untuk memulihkan hubungan mereka?
Komen saya: Hmm, rasa macam menonton drama Melayu kat tv Suria sebab slanga Singapura yang digunakan. Hehe. Overall cerita ni okay walaupun agak drama diakhir-akhir cerita. Cerita pun straight forward dan takde konflik bakalan buat kita campak buku ke longkang. Hehe. Apa pun, tahniah untuk penulis atas kelahiran karya bercetak pertama ni. Saya suka cover buku ni. Comel! :)
0 comments:
Post a Comment