Tajuk: Alang Rebus Tak Empuk
Penulis: Aimi Shabana
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 481 mukasurat
ISBN: 9789670201603
Membaca buku ni buat saya teringatkan kisah Nisa dan Adif dalam Tas Merah Jambu (Kompilasi
Kebun Mimpi). Cuma Shifa ni agak berani sikit kot berbanding Nisa yang agak
reserve tu. :)
Kisah yang agak
simple, bermula dengan Shifa yang menyimpan perasaan pada Ziyad semenjak tahun pertama pengajian mereka. Shifa tak berani nak meluahkan perasaannya sebab dia sedar dirinya yang 'biasa-biasa' tu tak layak nak berganding dengan Ziyad yang kacak bergaya tu.
Akibat terlupa memadam sistem pesanan ringkas (SMS) yang tak sepatutnya dihantar pada Ziyad, adik bongsu Shifa telah TERhantar SMS tersebut pada Ziyad ketika bermain-main dengan telefon bimbit Shifa. Gelabah juga Shifa dibuatnya. Namun, dari situlah bermulanya hubungan baik antara mereka. Ziyad memang anggap Shifa tu cuma kawan baik. Tapi layanan dia pada Shifa rasanya macam lebih daripada layanan kepada seorang kawan baik. Manakan tidaknya, bila Shifa demam dia yang kelam kabut ambilkan ubat di klinik. Jari Shifa terluka sikit pun Ziyad boleh perasan. Pendek kata, Ziyad akan perasan perubahan pada Shifa walau sekecil semut sekalipun. Haish.
Dalam masa yang sama Ziyad juga menjalinkan hubungan dengan Zara Juliana (Zara)
junior sepengajian mereka. Yang tak tahannya Zara ni siap warning Shifa supaya sedar diri, jangan cuba-cuba nak rapat dengan Ziyad sebab Ziyad tu kononnya teman lelaki dia. Siap kutuk-kutuk lagi fizikal Shifa. Alahai, kesian Shifa. Hilang dah semua kebaikan dan kesopanan plastik yang ditunjukkan oleh Zara selama ni. Tapi Shifa tak peduli. Selagi Ziyad tak pernah buka mulut tentang hubungannya dengan Zara, selagi itulah Shifa akan tetap jadi 'kawan baik' Ziyad.
Ziyad ni sebenarnya keliru, dia selesa berada di samping Shifa tapi dalam masa yang sama masih nak jaga ego dan gengsi sendiri. Yelah, bak kata Aiman (kawan serumah Ziyad), Ziyad cuma pandang perempuan yang cantik-cantik aje. Perempuan macam Shifa tu memang takkan masuk senarai Ziyadlah. Jadi, kena bacalah kalau nak tau siapa yang Ziyad pilih ya? :P
Oh, sebelum terlupa. Cerita ni memang tiada kaitan dengan
Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN) nukilan Noor Suraya tu, cuma Shifa ni sebenarnya peminat tegar Alang, watak utama dalam SUUN. Sampai dah boleh hafal agaknya bahagian demi bahagian dalam buku tu. Yang paling comel, Ziyad pun baca
Baju Melayu Hijau Serindit juga tau? ;)
Komen saya: Kad jemputan di bahagian Prolog tu memang mengundang rasa
suspend betul. Nasiblah bukan kad jemputan betul-betul. Hehe. Kisah mereka ni memang manis (tanpa gula tambahan okay?) lebih-lebih lagi dengan penampilan watak-watak tambahan yang menceriakan lagi kisah ini. Suka dengan Aiman dan Sarah yang kecoh dan penuh drama tu (lebih-lebih lagi Aimanlah. Hehe).
Friendship bonding mereka ni pun memang sangat kuat. Buat saya teringat zaman belajar dulu. Tahniah dan terima kasih buat penulis sebab berjaya menghiburkan saya dengan karya yang manis ini. Moga bakal ada lagi karya yang seterusnya selepas ini ya? :)
0 comments:
Post a Comment