Tajuk: Seteguh Fayqa
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan Enterprise.
Harga: RM29.00
Sabah/ Sarawak: RM 32.00
Halaman: 776 mukasurat
ISBN: 9789670567358
Fayqa Lara Lyana (Fayqa) muncul sebagai penyelamat kawan baiknya, Dzahim
yang teruk dibelasah. Kerana bimbangkan keselamatannya, Fayqa diajak
untuk tinggal di rumah keluarga Haji Dzulkarnain. Kehadirannya di situ
membuatkan Fayqa banyak terkenangkan keluarga sendiri lebih-lebih lagi
bila Haji Dzulkarnain dan Hajah Azimah menganggap Fayqa seperti anak
mereka sendiri. Namun, latar belakang Fayqa yang kabur membuat Dzariff,
si abang sulung selalu berprasangka terhadap Fayqa. Sindrom abang
sulungnya turut tertempias kepada Fayqa. Ish ish.. Manalah Fayqa tak
gelarkan dia jeneral sengal?
Tapi dalam sengalnya si Dzariff,
rupanya dalam hatinya ada taman. Hihi. Tak sangka dalam diam rupanya
Fayqa diintai si jejaka. Sungguh pun terkejut dengan lamaran Dzariff,
Fayqa akhirnya menerima lamaran itu atas nasihat si ibu yang mahukan
kebahagiaan anak yang telah lama menjauhkan diri. Dan bermulalah
kehidupan Fayqa sebagai seorang isteri. Sungguh pun masih terasa kekok
dengan status perhubungannya dengan Dzariff, Fayqa cuba sebaik mungkin
untuk menjadi isteri terbaik buat suami.
Sikap Fayqa yang naif,
tak pernah cemburu dan tak pernah berprasangka buruk terhadap suami
akhirnya memakan diri. Selepas peristiwa hitam yang menimpa dirinya,
Fayqa mula memikirkan jalan terbaik untuk memperbaiki kepincangan
rumahtangganya. Sungguh pun suami bermati-matian mengatakan hubungannya
dengan rakan niaga hanyalah setakat di pejabat, curiga tetap menghantui
Fayqa lebih-lebih lagi bila si rakan niaga mula menunjukkan petanda
untuk 'berkongsi'. Huh! Jadi, apa agaknya yang Fayqa buat untuk
menghalau 'langau' yang menempel di sisi suaminya itu? *Grin*
Komen saya:
1.
Mula-mula baca buku ni memang saya dok sengih-sengih je bila
terbayangkan gelagat Jeneral dan Prebet sengal yang suka
menghuru-harakan hidup Fayqa.
2. Tapi fasa lepas perkahwinan
Fayqa buat saya stress membaca. Sebab saya stress dengan Dzariff. Gila
kerja sampai terlupa tanggungjawab hakiki terhadap isteri. Ghairah kejar
peluang perniagaan sampai terlupa perasaan isteri sendiri. Betullah
kata
Cik Pah, lelaki dan perasaan kesian tak dapat dipisahkan. Kesian
punya fasal, perasaan isteri terabai. Grrr! Memanglah Dzariff anggap
Musyrifah tu hanya sebagai rakan niaga, tapi dia tak fikir hati
perempuan ni lembut, mudah terusik dengan perhatian yang diberikan. Itu
sebabnya Musyrifah tak jemu 'mengendeng' Dzariff walaupun dah terang
yang Dzariff dah beristeri.
Haish, buat malu orang perempuan aje. Jagalah gengsi tu sikit. *facepalm*
3.
Poligami tu sepatutnya persetujuan ketiga-tiga pihak, bukannya
persetujuan suami dan pihak ketiga kemudian paksa pihak isteri bersetuju
dengan keputusan suami dan pihak ketiga. - Fayqa.
Fuh! Sokong 100%. Tapi, mana ada perempuan waras yang boleh mengikhlaskan diri untuk dimadukan? Haaa...
4. Fayqa beruntung sebab dikelilingi keluarga dan adik-adik ipar yang
supportive.
Jadi, dia tak pernah bersendiri waktu konflik melanda. Dan saya suka
watak Fayqa ni sebab bukan tipikal heroin yang akan melarikan diri waktu
masalah menimpa rumahtangga. Siap bawa suami dia merempit lagi. Haha.
Cuma
at certain point Fayqa memang mengingatkan saya kepada
Arluna. Mereka berkahwin dalam usia yang muda tapi matang dalam
menghadapi masalah rumahtangga. :D
5.
Typo dan proses
pengeditan yang tak konsisten. Contohnya Fayqa bahasakan dirinya Lara
bila dengan keluarga sendiri. Tapi dalam dialog sekejap Fayqa, sekejap
Lara. Pening sekejap. Mungkin boleh dikemaskan untuk cetakan berikutnya
nanti. :)
6. Tahniah buat Puan Penulis atas kelahiran Pekah dan
Jeneral Sengal. Walaupun stress tapi tetap enjoy baca sehingga penamat.
Hihi. Moga diberikan kesempatan untuk menzahirkan idea-idea yang
terperuk dalam kepala tu ya? All the best! :)
2 comments:
alah, sampai stres? he he he 'menzahirkan idea yang terperuk dalam kepala'? I betcha citer Yah & Azhari akan lebih menyetreskan (oh pemusnah bahasa!). Tapi Melin n Tareq dulu. TQVM Dear Hajar for your cool-headed review. Re: Arluna, I pm-ed Rin Ahmad after I finished reading it, sebab isu sama dan watak muda tapi matang. Looking forward to your review of Dia Seadanya (oh writer perasan minta pelempang) :)
Hanina Abdullah:
Jenuh tahan rasa nak luku si Dzariff tu. Perangai tipikal kebanyakan lelaki : suka take for granted perasaan isteri. Grr! Wah, adakah Melin +Tareq sudah hampir siap? Yay! Patutnya saya yg ckp, looking fwd to read Dia Seadanya ni dah terbalik? Haha. Anyway, good luck + all the best. Moga tercapai target tahun ni.
P/s: selalu baca all yr ramblings kat fb cuma tak rajin nk komen. :)
Post a Comment