Tajuk: Mitos
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: RAMFC.
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM -
Halaman: 242 mukasurat
ISBN: -
Mitos membawa kita mengenali makhluk pemangsa dan pemburu. Mengikut
sejarah awalnya, guliran baka kedua keturunan ini berasal dari Jambi,
Indonesia dan mereka ditakdirkan untuk bermusuh sejak azali. Walaupun
mereka pernah memetrai perjanjian damai, pengakhirnya peperangan yang
membinasakan tetap terjadi.
Haikal, anak kepada Dato' Adib
pernah hilang diculik dan dibawa ke Pulau Harimau di Jambi. Hanya
selepas 5 tahun barulah Haikal kembali ke pangkuan keluarganya dengan
pelbagai keanehan. Selama 5 tahun itu Haikal telah mengenali dan hidup
bersama Dambaki, spesies manusia harimau. Mula-mula hairan juga, kenapa
Haikal tak jadi mangsa si makhluk pemangsa tu. Rupanya Haikal mula
menyedari 'naluri' luar biasa yang dimilikinya semasa di Pulau Harimau.
Pertemuan
dengan Umairah membuatkan Haikal ingin mendekati Umairah. Namun, mereka
dihalang untuk merapati antara satu sama lain oleh keluarga
masing-masing di sebabkan permusuhan keturunan mereka sejak zaman
berzaman. Mungkinkah bakal terjadi peperangan sekali lagi?
Komen saya:
Kisah
ringkas ini memang penuh teka teki pada mulanya. Tapi kemudian penulis
membawa kita mengenali sejarah kedua guliran baka yang bertelingkah ini
sekaligus membuat kita memahami punca permusuhan mereka. Cuma, tak puas
hati dengan penamat kisah ini yang agak tergantung dengan persoalan. Dan
saya agak kelam dengan motif kewujudan watak polis berdua tu. Agaknya
bakal ada kesinambungan tak? ;)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
1 comments:
macam mana nak dapatkan novel ini?
Post a Comment