Tajuk: Aku, Dia & Pinky Promise
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 593 mukasurat
ISBN: 9789673652037
Walaupun sudah berusia 33 tahun, Siti Saleha (Sal) merasakan dia belum
mencapai apa-apa kejayaan dalam hidupnya. Dia hanya berkerjaya
biasa-biasa dan masih belum berkahwin walaupun sudah bertunang. Justeru
dia mengharapkan yang dia mampu mengubah perjalanan hidupnya daripada
awal andai diberi peluang untuk kembali ke masa lalu.
Tanpa
disangka, suatu kejadian aneh telah berlaku selepas Sal jatuh dan
pengsan. Sedar-sedar dia telah kembali ke tahun 1998. Bagaikan
dejavu,
Sal berusaha untuk mengubah perjalanan hidupnya. Perkara pertama yang
dilakukannya tentulah menukar aliran dengan memasuki kelas sastera. Di
situlah Sal mengenali Azri, teman sekelas yang kerap membuat onar
daripada awal perpindahannya ke kelas sastera. Kemudian barulah Sal
berusaha mencari Daniel dengan bantuan Azri. Fuh. Memang betul-betul
mengimbau kenangan betul kisah ni. Banyak kisah warna warni sepanjang
zaman persekolahan yang dipaparkan oleh penulis dalam kisah ini. Rasa
macam nak kembali ke zaman sekolah semula pun ada. :)
Segala
yang berlaku di masa lampau dapat Sal hubungkan kembali dengan memorinya
bila dia sedar pada tahun 2014. Cuma yang menjadi kemusykilan, kenapa
dia tak pernah ingat langsung kewujudan Azri walaupun mereka pernah
ber'pinky promise' supaya Azri meminang Sal selepas 16 tahun?
Kemunculan
Ray si pelukis buta yang banyak menyerupai Azri juga turut mengelirukan
Sal. Takkan Sal pernah curang pada Daniel sedangkan mereka bakal
berkahwin tak lama lagi?
Komen saya:
1. Bagi saya,
kisah ini adalah satu eksperimentasi yang berjaya oleh penulis.
Daripada pembacaan sinopsis memang kita anggap Sal betul-betul kembali
ke masa lampau untuk memperbaiki jalan hidupnya. Tapi sebenarnya dia
cuma ditakdirkan dapat kembali memorinya yang hilang selama sebulan 16
tahun yang lalu semasa koma. Kemudian barulah satu demi satu persoalan
hidupnya terjawab.
2. Suka teknik
flashback yang tidak memeningkan kepala.
3.
Tiba-tiba rasa nak punggah kotak, belek gambar-gambar lama masa zaman
sekolah dulu. Haha. Betullah, kisah ni banyak mengimbau kenangan zaman
sekolah. Backstreet Boys, Siti Nurhaliza, 98 Degrees, SUKOM dan
macam-macam lagilah. Kalau nak senaraikan memang sampai esok pun tak
habis. :P
4. Saya bukan penggemar kisah yang ada plot amnesia.
Tapi kisah ni berjaya ubah persepsi saya. Memang lain daripada kisah
bertema tipikal di pasaran. Tahniah buat penulis. Lepas ni saya tunggu
kisah Jason dengan Aria pula. :)
1 comments:
Cerita ni memang best. Lari dari plot yang biasa. Tetiba teringat lagu "Umpama mimpi dalam mimpi" bila baca cerita ni.
Post a Comment