Tajuk: Sah, Aku Cinta Kamu!
Penulis: Hezzy Azra
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 593 mukasurat
ISBN: 9789831249239
Bagi yang sudah membaca karya penulis terdahulu yang bertajuk Aku Pilih Dia
pasti sudah dapat gambaran tentang Raif Imran bukan? Raif Imran (Raif)
si mulut manis yang berhubungan dengan ramai wanita. Tapi dalam
ramai-ramai tu hanya Irdina Jasmin (Irdina) yang dekat di hatinya.
Perkenalan mereka bermula di hospital bila mana Raif menemankan
abangnya, Ian Redza menjalani rawatan fisioterapi manakala Irdina pula
menemankan datuknya. Siapa sangka Irdina yang berperwatakan sederhana
dan selamba itu benar-benar menambat hati Raif? Bagi Irdina pula
walaupun hubungan rapatnya dengan Raif sudah ke pengetahuan keluarga,
dia tak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana sudah maklum dengan
hubungan baik Raif dengan wanita di sekelilingnya.
Suatu tragedi menimpa Irdina menyebabkan Raif rasa bertanggungjawab atas
apa yang menimpa Irdina. Belum sempat membuka mulut, umi Raif sudah
memulakan langkah. Haish. Kesian juga Raif. Sudahlah tersepit dengan
masalah kewangan, uminya melamar Irdina tanpa pengetahuan pula. Namun,
bila jodoh sudah tersurat, siapa yang mampu menolaknya bukan?
Perkahwinan mereka memang membahagiakan. Sungguh pun masih dihantui
kisah warna-warni Raif sebelum perkahwinan mereka, Irdina masih mampu
bertenang tanpa rasa ragu dan cemburu berlebihan atas rasa percaya
dengan Raif. Phew, tabik! Kebahagiaan mereka makin bertambah bila Irdina
disahkan mengandung. Kegembiraan mereka sekeluarga terbantut bila
mengetahui tentang penyakit mama Irdina. Memang sedih bila ditimpa
musibah begini tapi berkat sokongan keluarga terdekat mama Irdina
berjaya bertahan sehingga Irdina melahirkan Raeesah. Tapi siapalah kita
untuk menentang ketentuan? Mama Irdina akhirnya menghembuskan nafas
terakhirnya kerana jangkitan kuman pada paru-parunya.
Kematian mama Irdina benar-benar menguji tahap kesabaran Raif sebagai
seorang suami. Irdina diserang kemurungan selepas pemergian mamanya.
Siapa pun bila kehilangan seorang ibu pasti merasai perasaan yang sama.
Masakan tidak, selama ini mamanyalah tempat dia bergantung. Bila hilang
dari hidup seumpama hilang seluruh semangat. Cuma ada ketikanya saya
rasa Irdina agak mementingkan diri sendiri bila Raif diabaikan
disebabkan Irdina melayan rasa sedihnya. Hmm...
Saat-saat begini datang pula si penggangu yang mengambil kesempatan
untuk memporak-perandakan rumahtangga mereka berdua. Mampukah mereka
mempertahankan mahligai yang semakin rapuh in?
Komen saya:
1. Seperti biasa, karya Kak Hezzy Azra tak pernah menghampakan. Nipis tapi banyak isi yang boleh kita kupas.
2.
Suka Irdina yang lasak dan berdikari. Bukan jenis yang suka ambil
kesempatan walaupun Raif banyak bagi peluang untuk dia berbuat demikian.
3.
Suka semangat setiakawan Raif . Walaupun kawan yang dibantunya
perempuan tapi yeah, dia tak pernah tinggalkan kawannya yang sama-sama
tak bernasib baik dalam pelaburan. Sama-sama berikhtiar mencari
alternatif untuk recover kerugian yang dialami.
4. Sikap
percaya dan toleransi tu sangat penting dalam perhubungan. Bila
keduanya wujud, nescaya anasir luar pun susah nak menjengah masuk. :)
5.
Kesedihan yang kita alami bukan tiket untuk kita abaikan insan-insan di
sekeliling kita. Lebih-lebih lagi orang yang rapat dan patut kita beri
lebih perhatian.
6. Yang di sekeliling jangan pula tinggalkan
orang yang bersedih tu sendiri. Kena pandai cari kesempatan dan kaedah
untuk memulihkan kesedihannya.
7. Kesusahan dan kesempitan orang lain bukan tiket untuk kita ambil kesempatan. Jadi, saya benci Delisha. Titik! :P
8.Saya
rasa kisah yang dibawa penulis kali ni agak ‘berat’ berbanding
kisah-kisah terdahulu. Ke saya yang terlebih menjiwai ni? Haha. Apa pun
tahniah Kak Hezzy sebab berjaya juga buat saya sob sob (sikit) bila
membaca kisah ni. Hehe. Harapnya tahun depan bakal ada buku baru lagi.
;)
PERFECTLY HALAL - SURI RYANA
2 years ago
0 comments:
Post a Comment