Tajuk:Biarkan Hati Menjauh
Penulis: Tina Derika
Penerbit: -
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 355 mukasurat
ISBN: 9789671238509
Suka dengan penekanan penulis tentang berlapang dada dalam menerima
ketentuan Allah. Bukannya menyimpan dendam dan terus-terusan menyalahkan
orang lain atas musibah yang menimpa diri kita. A very good reminder indeed!
Bagi yang pernah membaca cerpen penulis yang menggunakan tajuk yang sama di dalam Antologi Cerpen Kerana Dia, Ratu Sehari
tentu sudah dapat gambaran serba sedikit tentang kisah ini. Hidayah
dan Hanani, adik beradik kembar yang sangat rapat. Hanani ditimpa
kemalangan dan disahkan lumpuh kerana nak menyelamatkan Hidayah.
Akibatnya Hidayah dipersalahkan oleh Puan Azizah, ibu mereka atas
kecuaiannya. Kesalahan itu pula sentiasa diungkit sehingga Hidayah dah
rasa lali dengan segala kata-kata dan cacian Puan Azizah.
Sikap Puan Azizah terhadap Hidayah masih tak berubah biar pun kejadian
yang menimpa Hanani sudah berlalu selama 9 tahun. Hidayah sentiasa
dimarahi manakala Hanani ditatang bagai minyak yang penuh. Alasannya,
Hanani sudah tidak berupaya dan terpaksa mengharapkan ehsan orang lain
berbanding Hidayah. Lagipun Hidayah kan penyebab kecacatan Hanani, jadi
memang wajarlah Puan Azizah memberi balasan setimpal kepada Hidayah.
Hidayah ni memanglah sangat penyabar. Kerana sedar yang Hanani lumpuh
disebabkan dirinya, Hidayah banyak beralah. Sungguh pun merasa tersisih
daripada perhatian ibu, Hidayah tetap berusaha menjadi anak yang baik
buat kedua ibu-bapanya. Namun, bila menyedari dirinya dipergunakan oleh
sahabat baiknya, Shazriel untuk mendekati Hanani, Hidayah tekad untuk
menjauhkan diri. Pulang ke kampung bersama-sama neneknya mungkin pilihan
terbaik memandangkan Puan Azizah sudah memberi isyarat bahawa kehadiran
Hidayah tidak diperlukan lagi di rumah mereka. Sobs.
Kepulangan Hidayah ke kampung menemukannya kembali dengan Azzmeir, bekas
pensyarahnya. Maklum dengan keadaan keluarga Hidayah, Azzmeir berusaha
untuk mengubati luka di hati Hidayah. Hubungan baik antara mereka
akhirnya diketahui keluarga dan Azzmeir tekad untuk melamar Hidayah. Di
tengah-tengah kesibukan keluarga mereka membuat persiapan perkahwinan
Hanani mula terasa terabai dan mula berubah sikap. Hidayah mula dimusuhi
dan segala penderitaannya diungkit kembali. Haish. Haruskah Hidayah
mengorbankan hati dan perasaannya sekali lagi semata-mata untuk menjaga
perasaan Hanani? Bagaimana pula penerimaan Puan Azizah? Masihkah Hidayah
didendami atas kemalangan yang menimpa Hanani?
Komen saya: Kisah yang menarik sebenarnya tapi disebabkan penulis
mengambil inisiatif untuk menerbitkan sendiri, banyak lompong sana-sini
yang sebenarnya boleh diperbaiki lagi. Antaranya:
1. Kesilapan ejaan dan banyak penggunaan perkataan yang tak sesuai atau mungkin tidak difahami .
2.
Pembinaan watak - watak lelaki dan wanita seolah tiada beza,
terutamanya untuk watak Shazriel dan Azzmeir. Ada ketikanya bila
membaca dialog mereka seumpama saya membaca dialog Hidayah atau pun
Hanani. Tak ada beza. Err, komen ini bukannya nak menunjuk PANDAI,
tetapi cuma berdasarkan apa yang saya rasa sewaktu membaca naskhah ini.
:)
Tapi bagi saya, penyelamat kisah ini adalah kerana kisahnya ringkas dan
tak meleret walau pun isunya agak berat. Tahniah buat penulis atas
keberanian menerbitkan sendiri naskhah ini. Bukan senang nak menulis dan
bukan senang nak memuaskan hati pembaca. Tapi anda berani mengambil
risiko. Semoga maju jaya :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment