Tajuk: Berikan Cintamu
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman: 499 mukasurat
ISBN: 9789831242650
Pertemuan secara tak sengaja antara Eza Nylea (Eza) dan Azalan ketika
keduanya berdepan dengan konflik bersama pasangan masing-masing secara
tak langsung merapatkan hubungan mereka. Azalan selalu menjadi tempat
Eza berkongsi segala cerita dan hal yang berlaku dalam hidupnya
termasuklah tentang masalahnya dengan Rizal, teman lelaki Eza.
Keintiman hubungan mereka berdua kerap jadi perhatian teman-teman
serumah Eza sehingga ada yang sanggup menyampaikan cerita buruk tentang
Eza kepada Rizal. Alahai...
Kadang-kadang rasa Eza ni terlampau setia. Atas sebab itu, Rizal selalu
ambil mudah tentang perasaan Eza. Kesian. Eza ni dah macam tersua-sua
risaukan tentang Rizal yang jauh di mata sedangkan Rizal bukan main
seronok menjalani hidup dia sendiri tanpa hiraukan perasaan Eza. Selama
Eza menghabiskan pengajiannya yang berbaki tak sampai setahun di UTM tu
boleh kira dengan jari berapa kali mereka bertemu berbanding kekerapan
Eza bertemu Azalan. Jadi jangan pelik bila Azalan lebih memahami dan
mengetahui seelok-belok hal yang terjadi dalam hidup Eza berbanding Rizal.
Hubungan mereka berterusan on-off begitu sehinggalah Eza sudah
bekerja. Peliklah Eza ni. Setia tahap apa entah. Masa tengah belajar
bolehla bagi alasan, tak mahu ganggu tumpuan Eza yang masih belajar. Ini
dah kerja pun perangai tu tetap begitu. Dan Eza masih tetap bertahan
walau Rizal dah banyak beralasan bila dia bertanya arah hubungan mereka.
Hmm...
Kemunculan kembali Azalan menggembirakan Eza. Hubungan mereka makin erat
sehingga menjadi bahan untuk Syella (bekas teman serumah Eza) memfitnah
Eza sekali lagi. Haish. Bila kesetian diragui sekali lagi, patutkan Eza
pertahankan hubungannya dengan Rizal atau menerima saja lamaran cinta
Azalan?
Komen saya: Syella ni mengingatkan saya pada Firdaus dalam Wasilah Cinta Weera.
Keji. Sanggup burukkan kawan sendiri sebab cemburu. Memang
meningkatkankan kadar emosilah senang cerita. Heh. Hakikatnya ramai je
manusia perangai begini kan? What goes around comes around. Setiap
perbuatan baik atau buruk tetap ada balasannya. Jadi, sendiri mau
ingatlah kan? :P Tahniah buat penulis atas garapan yang berjaya
meningkatkan kadar emosi ni. Haha. Cuma saya rasa penamatnya agak
tergesa-gesa dan ‘terlebih gula’ untuk pembaca macam saya. :P
PERFECTLY HALAL - SURI RYANA
2 years ago
3 comments:
nak jual tak?
Sis novel ni ad lg x?
Sis novel ni ad lg x?
Post a Comment