Tajuk: Tiada Yang Lain
Penulis: Ana Sofiya
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 613 mukasurat
ISBN: 9789671226704
Pertemuannya pertama antara Atiqah dan Zharif menimbulkan sengketa.
Sengketa yang bermula dengan salah sangka akhirnya merubah tanggapan
Atiqah bila Zarif sudi membantunya sewaktu ditimpa musibah. Hubungan
mereka makin rapat dan Zharif pun dah mula memberi isyarat yang memberi
gambaran isi hatinya pada Atiqah. Malangnya, percaturan takdir
memisahkan mereka. Atiqah ditunangkan dengan Afif yang juga merupakan
sepupu kepada Zharif.
Atiqah yang memberontak diberi pilihan oleh kedua ibu bapanya; sekiranya
Zharif sanggup bertemu kedua ibu bapa Atiqah, pertunangan Atiqah dan
Afif akan diputuskan untuk menyatukan Zharif dan Atiqah. Namun, Zharif
lebih rela mengorbankan perasaan sendiri berbanding melukakan perasaan
keluarganya, lebih-lebih lagi Afif. Kekecewaan menyebabkan Atiqah rela
menerima Afif sebagai suami manakala Zharif pula mengambil keputusan
untuk menyambung pengajiannya.
Atiqah sangka Afif ikhlas menerimanya sebagai isteri. Tapi rupanya Afif
menyimpan dendam bila mengetahui kebenaran di sebalik penyatuan mereka
sebagai suami isteri. Aduhai, susah sangat ke nak berbincang dan
menjernihkan keadaan? Lebih malang bila Afif lebih suka jadikan Atiqah
seperti punching bag untuk melepaskan kemarahan dan dendam yang terbuku. Sampai trauma Atiqah jadinya. Haish.
Kepulangan Zharif mula menimbulkan syak wasangka Afif. Lebih-lebih lagi
bila Afif mengetahui hubungan yang pernah terjalin antara Zharif dan
Atiqah. Tegakan Afif melepaskan Atiqah untuk membahagiakan Zharif?
Komen saya: Bunyi macam kisah tipikal je kan? Tapi sebenarnya
penulis pandai sembunyikan konflik di pertengahan cerita bila Atiqah
terpaksa berdepan dengan trauma selepas berkahwin buat kali kedua.
Mujurlah dapat suami yang penyabar. Phew. Jujurnya saya sangatlah tak
suka dengan karakter mak Atiqah tu. Nampak sangat bias dan
materialistik. Ya, tak dinafikan memang setiap ibu dan bapa mahukan yang
terbaik untuk anak-anak. Tapi kalau sampai sanggup memaksa tanpa
berbincang dengan anak-anak pun tak guna juga. Sebab belum tentu
anak-anak akan patuh macam Atiqah tu. Heh. (Ingatan untuk diri sendiri
juga bila jadi emak suatu hari nanti. *Ehem* Insya-Allah)
Sebenarnya kisah ini sudah pun ditamatkan di blog penulis tak lama dulu
dan Alhamdulillah ada rezeki untuk diterbitkan. Tahniah Kak Sofi. Lepas
ni tunggu Amar dengan Erina pula :) Kalau buku Sampai Bila
saya suka watak Alisa yang tabah tu tapi untuk kisah ini saya kagum
dengan tahap kesabaran Zharif. Sangat gentleman dan penyabar. Dan tak
segan silu mengaku kekhilafan diri. Alahai, ini spesies satu dalam seribu kot? :P
PERFECTLY HALAL - SURI RYANA
2 years ago
0 comments:
Post a Comment