Sunday, February 3, 2013

Andainya Bukan Untukku - Sya Ryanna

Posted by Hajar at 10:40 PM

Tajuk: Andainya Bukan Untukku
Penulis: Sya Ryanna
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  623 mukasurat
ISBN: 9789675067419

Saya tertarik untuk dapatkan buku ni sebab saya pernah terlepas untuk membaca versi online dulu. Dan jadi lebih tertarik bila ada review yang mengatakan kisah dalam buku ini lain daripada yang lain. Hmm...

Dania dan Faeiz terpaksa bernikah bila mereka berdua tertangkap dalam keadaan mencurigakan. Hakikat sebenarnya mereka diperangkap oleh Malim, kawan Dania yang bertanggungjawab menjebakkan Dania ke kancah penagihan dadah. Bila Faeiz, yang juga merupakan peguam keluarga Dania berhasrat untuk selamatkan Dania, dia pula yang terjebak dengan masalah Dania. Sudahlah Dania ni memang dah terpinggir daripada kasih sayang keluarga (jadi tak heranlah kan kenapa Dania sampai boleh terjebak jadi penagih dadah?), ditambah dengan peristiwa memalukan tu, Dania terus dibuang keluarga.

Selepas dibuang keluarga Dania mengikut Faeiz pulang ke Kuala Lumpur. Di sini Dania mula berubah untuk memperbaiki diri walaupun kadangkala tewas juga dengan bisikan-bisikan nakal yang sesekali datang untuk  membawa Dania kembali ke 'dunia hitam'nya itu. Bila Dania dan Faeiz dah mula rapat, Dania terpaksa berpindah ke rumah Ilyana (teman wanita Faeiz) semata-mata untuk menutup rahsia perkahwinannya dengan Dania.

Satu perkara yang saya tak berkenan tentang Faeiz ni adalah sikap dia yang sangat terburu-buru tu. Takkanlah sebab Dania pernah buat silap selama-lamanya dia akan buat silap yang sama. Patutnya sebagai suami, dialah yang kena bimbing Dania kan? Bukannya lagi condemn orang tu bila dia buat silap. Haish.

Bila menyedari hubungannya dengan Faeiz dah semakin menjauh dan Faeiz pun dah keluarkan kata-kata pemisah tanpa talak, Dania nekad untuk membawa diri. Berundur untuk memberi laluan kebahagiaan buat Faeiz dan Ilyana. Faiez pula mula menyedari kesilapannya bila Dania dah tak dapat dijejaki. Heh.

Pertemuan selepas 5 tahun mula menggoyahkan perasaan Faeiz bila menyedari yang Dania telah bertemu penggantinya. Kehadiran Firdauz nampaknya berjaya menambat hati Dania dan anak mereka, Qaseh Rania.  Tapi, takkanlah Faiez nak mengalah macam tu je? Jadi nak tau selanjutnya kenalah baca kan? :P

Komen saya:  Rasanya ramai yang dah pernah baca kisah ni dan dah tahu penamatnya macam mana kan? Plotnya dan penamatnya pun saya rasa ramai yang dah boleh agak. Takdelah unsur-unsur unpredictable pun. Cuma saya suka bila penulis tak buat kisah ni jadi meleret-leret dengan konflik berlebihan.Tahniah buat penulis. Berbaloi juga menunggu untuk dapatkan kisah ni dalam bentuk cetakan. :)
   

7 comments:

Ruunna Qizbal said...

salam.. nak tnya? nvl ni bnyak konflik x? and tlng jujur.. betul ka Best?
penah baca x nvl teduhan kasih? best2..

Hajar said...

Ruanna Qizbal:
W'salam.

Maaf, saya tak suka komen bias. Sebab nanti kalau saya kata best, pada orang lain mungkin tak kena dgn citarasa diorg. Bagi saya cerita ni oklah, boleh layan bg org yg x suka konflik ala sinetron. Konflik pun more to miscommunication antara suami isteri. :)

Teduhan Kasih? Saya dh pernah review, boleh rujuk archive 2012. :)

Ruunna Qizbal said...

ok thanks.. mmg saya x suka konflik pon, tu yg nak cari nvl yg xda konflik.. hehe
thanks sbb sudi bls comment..
saya dah bca dah nvl tduhan kasih, mmg best222
tu yg nk tnya.. kot best mcm nvl tduhan kasih.. hehe
thanks sekali lagi♥

Hajar said...

Ruunna Qizbal:
no problem. Thanks for dropping by ya? :)
(baru perasan tersalah eja nama kat atas tu. sorry ya?)

Ruunna Qizbal said...

xda masalah lah.. hehe, thanks ya

mizz acu said...

uiksss... dalam x suka leh plak ada anak ngan dania???



Hajar said...

mizz acu:

masa ehem2 tu hubungan depa dah baik. cuma bila dh dekat2 wedding Faeiz dengan Ilyana tu byk miscommunication antara diorang ni. Itu yang sampai Dania lari ke London. :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review