Sunday, January 27, 2013

Ketuk Pintu Hati Dia - Ana Farhana

Posted by Hajar at 10:20 PM
Tajuk: Ketuk Pintu Hati Dia
Penulis: Ana Farhana
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 458 mukasurat
ISBN: 9789675118906

Saya tak pernah lagi baca karya pertama penulis jadi saya tak boleh nak compare sama ada karya ni lebih baik daripada karya pertama penulis ataupun tidak. Yang penting saya terhibur membacanya. :)

Huda dan E-key, bukanlah berkenalan dalam keadaan yang aman. Pertemuan pertama di depan sekolah E-key selepas Huda menghantar ibunya ke sekolah berlarutan dengan pertemuan demi pertemuan berikutnya. Berlaku juga selisih faham bila ibu Huda tiba-tiba pengsan di sekolah dan dikejarkan ke hospital. Huda terus beranggapan yang E-keylah penyebab ibunya pengsan. Yelah, berdasarkan cerita-cerita daripada ibunya tentang E-key yang bermasalah di sekolah, memang tak mustahillah E-key yang menjadi pucanya kan? Sayangnya tanggapan Huda tu salah.

Hubungan yang tak berapa baik antara Huda dan E-key ni kemudiannya jadi bertambah baik bila E-key membantu Huda melepaskan diri daripada si lelaki sex maniac  yang Huda temui di pasar malam. Bermulalah hubungan baik mereka berdua ni. Memang pelik bila si 'mamat Antartika' (gelaran Huda pada E-key) yang memang tak pernah pedulikan orang lain ni boleh jadi kamceng dengan Huda.

Melalui gambaran personaliti E-key rasanya memang boleh agak yang E-key ni datang daripada broken family background. Memang kesian. Dahlah mak ayah berpisah waktu dia masih bayi. Kemudian ayah dia pula anggap E-key macam tak wujud. Sobs.  Mujur ada Huda dan kawan-kawan rapat E-key yang lain.

Dalam masa yang sama, Huda juga berjaya mengatasi masalah dengan ayahnya yang tak merestui pilihan kerjaya Huda yang memilih untuk mencari pengalaman bekerja di kedai roti dan kek. Phew.

Lepas tamat peperiksaan STPM, E-key meninggalkan Huda tanpa sebarang pesanan. Memang terumbang-ambing Huda jadinya lepas pemergian E-key. Pertemuan kembali selepas lima tahun membawa pelbagai rasa dalam hati masing-masing. Bagaimana agaknya mereka berdua ni mengatasi rasa 'kekok' tu kan? Adakah sebenarnya pintu hati Huda dah berjaya diketuk oleh E-key tanpa disedari semenjak dari mula perkenalan mereka?

Komen saya: Watak E-key selepas lima tahun ni mengingatkan saya pada watak Shark dalam Lazuardi. Comel, selamba dan manis. Haha. Kisah ni juga pada saya agak well blend.  Cukup asam-garamnya. Tahniah buat penulis untuk kisah yang manis ini. :) 

2 comments:

Unknown said...

saya suka buku ni....betul cakap hajar bila baca part selepas 5 tahun teringat kat shark lazuardi...buku penulis ni yang pertama pun best 3+1=1....saya suka kisah 3 orang abang yg jaga sorang adik perempuan...kelakar sangat2 dan ada sedih sikit..

Hajar said...

Along Nani:
Kan? E-key ni cool + selamba je. Haha. Oh, insya Allah nanti ada kesempatan nk cari juga novel pertama penulis ni. Thanks for the info. :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review