Sunday, February 10, 2013

Aku Yang Kau Tinggalkan - Hendan Yahya

Posted by Hajar at 10:54 PM

Tajuk: Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis: Hendan Yahya
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Harga: RM18.90
Sabah/ Sarawak: RM -
Halaman:  374 mukasurat
ISBN: 9789838936596



Perasaan dendam yang timbul selepas melihat pemergian ibu tersayang dalam keadaan pilu membuatkan Iqmal bertekad untuk membalas derita yang ditanggung si ibu.  Malangnya, orang yang dicarinya telah pun meninggal dunia. Yang tinggal cumalah si suami dan anak-anaknya. Maka si anaknyalah yang bakal menjadi 
mangsa dendam Iqmal.

Liyana Asyikin, si gadis polos  bakal menjadi mangsa balas dendam Iqmal. Kononnya arwah ibu Liyana Asyikin inilah yang berperanan memporak perandakan rumahtangga kedua ibu bapanya. Haish.  Dengan berbekalkan kata-kata yang mengatakan ibu mereka berkawan baik, Iqmal memang berjaya menggoda Liyana Asyikin walaupun si gadis agak ragu-ragu pada mulanya.

Perhubungan yang dah mula rapat dan mesra memberi imuniti untuk si jejaka. Kepercayaan yang diberi Liyana Asyikin digunakan sepenuhnya. Diam-diam Iqmal mengatur strategi untuk merosakkan masa depan si gadis. Bila perancangan yang diatur berjaya dan Liyana Asyikin mula menghilangkan diri, Iqmal mula merasakan sesuatu.

Bila menyedari dendam yang disimpan rupanya hanyalah suatu salah faham, Iqmal mula mencari Liyana Asyikin untuk memohon kemaafan sekaligus mahu menyunting Liyana Asyikin menjadi isterinya. Kehadiran Fairul, teman sekuliah Liyana Asyikin yang dah lama menyimpan perasaan pada Liyana Asyikin turut memberi tamparan hebat buat Iqmal. Heh. Siapalah bakal menjadi pilihan hati Liyana Asyikin ni agaknya kan?

Komen saya:  Cerita yang simple ni sebenarnya beri peringatan untuk orang perempuan (khususnya untuk diri saya sendiri), jangan mudah sangat percayakan orang, lebih-lebih lelaki. Kalau kita sentiasa jaga pergaulan kita, beringat sentiasa, insya-Allah selamat.  Selain tu, walau macam mana teruk pun dugaan yang melanda, jangan sesekali mudah berputus asa. Kita ada Dia untuk dengar segala keluh-kesah kita kan? Terima kasih buat penulis untuk ingatan itu. :)
 

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review