Tajuk: Warna Hati
Penulis: Meen Zulaikha
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman: 499 mukasurat
ISBN: 9789831243695
Kisah dilema Zara Lisa (Zara) yang masih belum bertemu jodoh biar pun
sudah mencecah usia 30-an. Seperti biasa, bila usia sudah meningkat dan
si anak gadis masih bersendirian, pastilah jadi isu dan bahan bualan
orang sekeliling. Disindir dan difitnah sehingga sang ibu tekad memberi
kata dua; sama ada bawa pulang calon suami atau terima calon suami
pilihan ibu.
Jadi untuk mengelak daripada dijodohkan dengan pilihan ibunya Zara menyertai speed dating. Penyertaannya dalam program speed dating menemukannya dengan dua calon berpotensi:
Erman Ariff (Erman) - lelaki berpakej lengkap. Ada rupa, bergaya dan gentleman
sehingga buat Zara terbuai pada pertemuan pertama. Tapi biasalah,
lelaki berpakej ini berkembar dengan pakej mulut manis dan pandai
menabur janji palsu.
Haris Fazdilah (Haris) -
lelaki yang serba serbi sederhana. Kononnya bekerja sebagai pemandu dan
dia pula hanya memandu kereta kancil. Tiada yang istimewa atau boleh
dibanggakan tentang Haris ni. Huluran persahabatannya disambut baik oleh
Zara. Bersama Haris Zara tak perlu berpura-pura, dia hanya perlu jadi
dirinya sendiri. Sangat berbeza berbanding waktu Zara bersama Erman.
Dalam
pada Zara mula berteman mesra dengan Haris, rupanya ibu Zara sudah
menerima lamaran keluarga Jefri yang juga merupakan sepupu Zara.
Memanglah suatu masa dulu Zara pernah menaruh hati terhadap Jefri. Namun
ketika luahan rasa cintanya dipersendakan, Zara telah membuang jauh
Jefri daripada ingatannya. Kerana tidak mahu menghampakan hasrat kedua
buah keluarga mereka, Zara merelakan diri menjadi tunangan Jefri. Cuma
yang menariknya, Jefri menarik diri di saat akhir sebab rahsia gelapnya
terbongkar. Haha. Selfish betul Jefri ni.
Jadi, tak susah pun nak teka siapa yang akhirnya jadi pilihan Zara kan? ;)
Komen saya:
1. Buku ini jadi pilihan saya sebab nipis dan kisahnya yang mudah dan tak rumit. :) Typo pun sangat minima. Peliklah, kenapa banyak typo dalam kebanyakan buku Alaf terbitan terbaru?
2.
Suka perwatakan Zara. Tegas. Baik hati dan dia tahu apa yang dia mahu.
Cuma kadangkala keliru bila kata hati dikelabui oleh mata yang
memandang. :P
3. Ada selitan kisah Rita, sahabat baik Zara yang
menghadapi masalah rumahtangga yang juga turut mempengaruhi pandangan
Zara pada alam perkahwinan
4. Suka dengan idea luahan perasaan
menggunakan tajuk novel tu. Tapi kalau dalam dunia realiti ada orang
buat macam tu, errr tak sanggup kot? :P
5. Tahniah buat penulis. Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment