Tajuk: Dia...Cinta Yang Kucari
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 611 mukasurat
ISBN: 9789670246772
Luthfiya:
Luthfiya (Piya) digambarkan sebagai
anak gadis yang sangatlah baik. Sentiasa redha dengan apa yang menimpa
dirinya. Sentiasa positif dalam menangani musibah atau dugaan yang
mendatang dalam hidupnya. Sungguh pun dibesarkan dengan limpahan kasih
sayang ayah dan ibu tirinya, dia rupanya dibenci oleh saudara kandung
sendiri. Kesilapan menghadiri temuduga kerja menemukannya dengan Fareed
Al-Fattah (Payed), bos yang terlalu suka menduga hatinya. Biar pun
selalu diduga dek perangai dan tingkahlaku Payed yang kadangkala di luar
jangka, Piya tetap gagah menempuh cabaran di pejabat. Kerana bimbangkan
keselamatan Piya yang mahu keluar dan tinggal menyewa, ayah dan ibu
tiri Piya bercadang untuk menjodohkan Piya dengan anak kenalan mereka.
Sebagai anak yang baik dah tentulah Piya bersetuju dan redha dengan
pilihan kedua ibu bapanya kan? Namun, rupanya kebahagiaan yang diharap
rupanya masih jauh untuk digapai bila si suami rupanya tidak bisa
menerima kekurangan rupa paras si isteri. Huh. Mampukah Piya
mempertahankan rumahtangganya bila dugaan demi dugaan bagaikan tak henti
datang menimpa?
Fareed Al-Fatah:
Fareed Al-Fatah (Payed) boleh disama tarafkan dengan Fawwaz (Lelaki Sedingin Dia),
cuma watak Payed ni tak adalah kurang ajar sangat macam si Fawwaz tu.
Suka sangat bersosial sehingga aktivitinya yang satu itu turut
membimbangkan keluarganya. Sekilas pandang pertamanya tatkala Piya
datang menziarahi keluarga Payed menimbulkan satu perasaan halus dalam
hati Payed. Kedatangan Piya untuk temuduga tak lama kemudian rupanya
membawa satu lembaran baru dalam hidup Payed. Antara tergoda dengan
kecantikan dan tercabar dengan sikap ‘jual mahal’ Piya, Payed nyaris
menodai Piya. Mujurlah kewarasan akalnya masih mendahului kehendak
nafsu. Bila Payed sudah mula ‘jinak’ hasil tarbiah berterusan Piya,
Payed dikejutkan dengan berita pertunangan antara Piya dan adiknya,
Palee. Kecewa jangan cakaplah. Rupa-rupanya rancangan keluarga mereka
untuk menyatukan Luthfiya dan Palee hanyalah sandiwara. Payed akhirnya
dinikahkan dengan Piya. Namun, bila mengetahui tentang kekurangan
isterinya, Payed rasa bagai tertipu. Sungguh pun perasaan cintanya wujud
terhadap Piya, rasa ego Payed mengatasi segalanya. Mampukah Payed
memenuhi janjinya seperti yang diucapkan pada malam pertama mereka untuk
melepaskan Piya setelah nyata Piya sanggup berkorban untuk
membahagiakan dirinya dan keluarga mereka?
Komen saya:
1. Sekali lagi kita dihidangkan dengan watak utama wanita yang kuat dan tak mudah goyah dengan dugaan mendatang. Jyeah!
2. Kali ini tiada pengulangan perkataan yang bisa buat saya rasa jengkel. :D
3. Turning point
Payed boleh nampak secara berperingkat dan bukannya mendadak. Iya,
hidayah tu milik Allah. Memang tak mustahil manusia boleh berubah
mendadak. Tapi, lagi moleklah kalau buat step by step, ye tak? Takkanlah semalam baru belajar solat, hari ni dah nak ke Mekah, kan? :D
4.
Tak gemar dengan sikap prasangka dan suka buat andaian sendiri pasangan
ini. Andai mereka lebih bijak menyusun komunikasi dah tentu hubungan
mereka mampu diselamatkan sedari awal. :)
5. Tahniah buat RM atas kelahiran karya terbaru ini. Moga terus berkarya. :)
6. Terima kasih buat tuan punya buku. Buku dah selamat dipulangkan barulah datang kerajinan nak menaip review. :P
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment