Tajuk: Romantik Rapsodi
Penulis: Farah Fauzi
Penerbit: Lovenovel Enterprise
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 604 mukasurat
ISBN: 9789670657172
Nur Amani (Nani) berkenalan dengan Iqbal Hakim (Hakim) selepas berpisah
dengan teman lelakinya. Perkenalan yang bermula di dunia siber akhirnya
berlanjutan hingga ke dunia realiti. Nani memang betul-betul tertarik
dengan Hakim tapi malangnya Hakim si womanizer ni hanya
menganggap Nani tak lebih daripada seorang kawan baik. Dia selesa
berkawan dengan Nani, tapi dia tak mahu berkomitmen. Cuma, lama-kelamaan
Hakim menyedari yang dia tak mampu jauh daripada Nani hingga akhirnya
Nani dilamar untuk dijadikan teman wanitanya.
Hubungan mereka
berkembang dari hari ke hari. Hakim pun nampak sayang sangat pd Nani
walaupun sebenarnya tanpa pengetahuan Nani, Hakim tak pernah tinggalkan
pun dunia 'warna-warni'nya tu. Yang paling tak seronok bila Hakim mula
mengongkong. Bayangkan, cemburu punya fasal, Nani keluar makan dengan
bos pun Hakim boleh melenting siap lempar telefon. Apakah?? Ada juga
orang macam ni rupanya. Huh..
Kerana tak mampu nak tinggalkan
dunia penuh 'warna-warni'nya Hakim memutuskan hubungannya dengan Nani.
Kecewa sungguh Nani. Ialah, setelah sepenuh hati diberi, Hakim
senang-senang memutuskan hubungan mereka. Aduh..! Mujurlah ada Umar
Rayyan (Rayyan), bos Nani yang memang dah lama menyimpan perasaan
terhadap Nani. Rayyan ni sebenarnya abang Hakim (tapi perangainya memang
wayyy better than Hakim). Yang tak seronoknya, niat Rayyan nak
menenangkan Nani selepas berpisah dengan Hakim akhirnya menjerat mereka
ke gerbang perkahwinan.
Bagi Rayyan, memperisterikan Nani
memang impiannya. Sanggup menanti hati Nani terbuka untuk terima dirinya
sebagai suami sebenar-benarnya. Cuma bila kebenaran mula tersingkap,
mampukah Rayyan menghadapi kemarahan Nani? Ditambah pula dengan gangguan
Hakim yang kononnya kesal melepaskan Nani ke tangan Rayyan. Mampukah
rumahtanggan Rayyan-Nani dipertahankan?
Komen saya
1. Saya tertarik untuk ikuti cerita ni di blog penulis dulu sebab tajuknya yang catchy. Jadi bila diterbitkan dalam bentuk bercetak memang tanpa ragu saya beli sebab nak tau macam mana penamat kisah ini. :)
2.
Memang kisah biasa yang memang kita boleh agak jalan ceritanya. Klise
tapi masih ada pengajaran yang boleh kita ambil terutamanya tentang
perhubungan suami isteri. Walau macam mana marah sekalipun isteri kena
ingat suami tetap perlu dihormati. Sikap sabar dan bertoleransi
sangatlah penting untuk menjamin keharmonian rumahtangga supaya tak jadi
macam kes Rayyan-Nani ni.
3. Suka bila penulis tak meleret-leretkan konflik (sebab saya suka buku nipis. Haha)
4. Suka gambaran ibu Nani sebagai seorang ibu yang rasional, bukan jenis mengapi-apikan bila Nani ditimpa masalah rumahtangga.
5. Tahniah buat penulis atas kelahiran kisah ini. Moga dikurniakan ilham untuk terus berkarya. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment