Tajuk: Hijab Sang Pencinta
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman: 510 mukasurat
ISBN: 9789831243855
Setelah berjaya menumpaskan Maharani Kerajaan Pulau Utara dan juga
pemergian Ratna, Saifudin tekad untuk pulang ke Tanah Melayu. Kerinduan
terhadap keluarga begitu menggamit. Namun, kejahatan Taghut tidak pernah
jemu memburunya. Perjalanan pulang Saifudin melalui jalan darat penuh
dengan dugaan dan ujian mendatang. Salah satunya Saifudin bakal berdepan
dengan Manggala, manusia serigala. Menariknya Manggala ni asalnya
cumalah seorang khunsa yang juga merupakan bekas pengiring Maharaja.
Siang hari menjadi lelaki dan ketika malam bertukar menjadi perempuan.
Kerana dituduh bermukah dengan gundik Maharaja, Manggala diburu.
Perjanjian dengan Taghut mengubah dirinya menjadi Manggala.
Manakala
pada abad ke 21, Manggala yang telah ditewaskan oleh Saifudin bakal
dibangkitkan oleh pengikutnya yang dahagakan kekayaan. Dalam siri
sebelum ini ada dinyatakan yang Manggala masih memerlukan satu lagi
korban perawan suci sebelum bangkit semula. Manggala mahukan Haryani
sebagai korbannya disebabkan 'keistimewaan' Haryani yang pernah hidup
semula selepas kematiannya.
Sementara itu di Tanah Melayu
keluarga Tun Mutalib menerima musibah atas perbuatan Melor. Kerinduan
terhadap Saifudin menyebabkan Melor menerima tawaran nenek tua yang
kononnya mampu membawa Saifudin pulang ke Tanah Melayu. Rupanya nenek
tua itu adalah jelmaan Putri Kober Gandring yang ingin menuntut bela
atas kematian abangnya (Taming Sari) di tangan Hang Tuah. Kehilangan
Hang Tuah tanpa jejak menyebabkan Putri Kober Gandring meminta nyawa
Sultan Melaka sebagai galang ganti. Putera Muzafar, anakanda Tun Mutalib
dan Melor dijadikan tebusan supaya Tun Mutalib membunuh Sultan Melaka.
Berdepan dengan ancaman sebegini membuatkan Tun Mutalib terkenangkan
Laksamanan Sunan. Lantas, dengan bantuan Bendahara, Panglima Awang Bagan
dan angkatannya dikerah menyusul Saifudin di Aceh.
Kepulangan
Saifudin ke Tanah Melayu disambut dengan berita kematian ibunya. Sungguh
pun bersedih kerana tak sempat bertemu ibunya, Saifudin redha dengan
ketentuan ilahi. Setelah berjaya menumpaskan Putri Kober Gandring, Melor
berterus terang dan meminta maaf atas kekhilafannya memfitnah Saifudin
dan juga atas perbuatannya bersekongkol dengan Putri Kober Gandring
memerangkap ibu Saifudin dalam permainan sihir si Putri.
Berita
kepulangan Saifudin kemudiannya tersebar hingga ke pengetahuan Sultan
Melaka. Rupanya kemurkaan Sultan masih lagi belum hilang walaupun
Saifudin telah berjaya menumpaskan si jahat yang berniat membunuh
Sultan. Aduhai, mana rasionalmu wahai Sultan Melaka? Panglima Awang
Bagan diperintahkan untuk menangkap Saifudin agar di bawa ke Melaka.
Sekali lagi keajaiban berlaku bila Saifudin menyembunyikan diri daripada
diburu. Dalam lena Saifudin di bawa pada abad ke 21 dan dipertemukan
dengan keluarga Dani. Sungguh pun terasa kekok, Saifudin tetap berusaha
menyesuaikan diri dengan bantuan keluarga Dani.
Dani dan Haryani
pula sedang bersiap-siap untuk pulang setelah menguruskan dokumen
perjalanan mereka di kedutaan. Namun, sekali lagi Haryani diculik oleh
Rajikin, pengikut setia Manggala yang tamak haloba. Terpaksa Dani
meminta tolong ayahnya untuk menghantar Saifudin ke Medan untuk
menyelamatkan Haryani. ;)
Kemunculan Saifudin di abad ke 21
menggembirakan Haryani, lantas hasrat hati diluahkan kepada kedua ibu
bapanya untuk menjadi yang halal buat Saifudin. Dapatkah mereka bersatu
di abad ke 21? :D (tengok, betapa lebar senyuman saya? Hahah. :P)
Komen saya:
1. Cerita ni memang pantas. Penceritaan relevan dan tak meleret kepada hal yang tidak-tidak.
2.
Cuma ada sedikit kemusykilan sebab Manggala ni sudah pun ditewaskan
oleh Saifudin awal-awal lagi. Pelik macam mana keturunannya boleh
berkembang sedangkan Guntur yang kononnya bakal penerus warisan pun
sudah terkorban awal-awal lagi? Mungkin ada yang terlepas pandang di
situ atau mungkinkah ada pencerahan dalam siri selepas ini? :)
3.
Terkejut dengan nasib Orang Kaya Seman. Tapi memikirkan Bendahara
Melaka yang sangat bijak menyembunyikan fakta tu memang tak mustahil
Orang Kaya Seman menerima nasib sebegitu selepas apa yang dilakukan
terhadap Saifudin. ;)
4. Saya gembira sebab akhirnya Haryani
mampu bermuhasabah diri. Ngee. Cinta sesama manusia tak ke mana
berbanding cinta kita terhadap Sang Pencipta. :)
5. Betullah, aura Haryani - Saifudin tak sekuat aura Sunan - Ratna. :)
Okay, next!
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
0 comments:
Post a Comment