Monday, February 11, 2013

Kisah Naz Dan Khaalish - Hanina Abdullah

Posted by Hajar at 8:50 AM

Tajuk: Kisah Naz Dan Khaalish
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 533 mukasurat
ISBN: 9789670246413

Buku kedua penulis ni tidaklah se-ekstrim kisah PMS. Tapi masih mampu buat kita tersenyum dan ketawa dengan pelbagai gelagat Nazrahani Idora (Naz) dan Zaim Khaalish (Khaal).

Naz dan Khaal bertemu di Bali semasa percutian mereka. Naz masih mampu mengecam lelaki yang pernah menjadi tunang olok-oloknya itu. Berlainan pula dengan Khaal, pertemuannya dengan Naz umpama magnet yang menariknya untuk mengenali peribadi si gadis. Peribadi Naz yang sungguh misteri menggamitnya untuk mengenali si gadis dengan lebih dekat. Bila mengetahui yang si gadis rupanya pernah jadi tunangan, memang mudahlah Khaal menyusun strategi kan?

Tapi malangnya tak semudah itu. Naz ni ibarat merpati. Nampak jinak tapi bila mendekat cepat dia lari. Mana tidaknya, pertunangan olok-olok yang berlangsung empat tahun dulu begitu memberi impak dalam hidup Naz. Kepahitan yang terpaksa diharungi akibat pertunangan yang diatur tu berjaya buatkan Naz mengepung hatinya daripada diceroboh oleh Khaal. Bukan senang nak bina kembali keyakinan diri setelah peristiwa pahit itu.

Namun, sejauh mana pun dia berusaha menolak dan menjauhi Khaal, si jejaka tak putus asa mencari dan mengejarnya. Sebenarnya kalau ikutkan perjalanan mereka ni senang bila ikatan pertunangan mereka sebenarnya tak pernah terputus. Cuma yang jadi masalah bila ada ibu dan bapa yang terlalu mengongkong ni. Puan Sri Freida, ibu Khaal yang cerewet tu memang tak setuju bila Khaal bersungguh mengejar Naz. Baginya Naz tak setaraf dengan Khaal. Penampilan ‘sempoi’ Naz tu tak sesuai untuk di bawa ke majlis keramaian. Adoi, betul-betul Nyonya Mansoor zaman moden ni. Manakala Dato Nazari, bapa Naz tu pula nampaknya memang jenis bapa yang mementingkan kedudukan dan kekayaan keluarga mereka berbanding kebagiaan anak-anak.

Orang kata walau sejauh mana pun pergi, tetap juga bertemu bila dah tertulis jodoh mereka. Berita yang agak mencemaskan itu rupanya membawa sesuatu petanda baik untuk hubungan mereka. Naz akhirnya menerima lamaran Khaal. Phew. Memang agak payah Puan Sri Freida nak terima Naz pada mulanya, tapi lama kelamaan boleh jadi kamceng pula sebab Naz ni jenis tak banyak membantah kehendak mertua. Siap dapat petua lagi macam mana nak halau ‘langau-langau’ yang bakal menempel pada Khaal. Cool kan? :D

Komen saya: Saya memang suka dengan watak Puan Sri Freida a.k.a Nyonya Mansoor ni. Memang Nampak typical type of mak mertua yang cerewet. Logiklah. Anak dia seorang itu jelah. Mesti dia nak yang terbaik untuk anak dia kan? But I think she’s cool. Boleh selamba je dia tegur Ayman (abang ipar Naz) yang sibuk berdating dengan girlfriend sampai lupa anak isteri tu. Haha. Cuma agak tak puas hati bila kisah Ayman dan Ilyani tu hang macam tu je. Sama macam kisah Zahra dengan Husna dalam PMS dulu. Mungkin penulis ada sebab tersendiri biarkan kisah mereka tergantung begitu. Apa pun tahniah dan terima kasih ye Hanina untuk buah tangan terbaru ni. Sangat enjoy baca kisah yang santai ni walaupun ada sedikit kecacatan dalam proses editing buku ni. :)
  

8 comments:

Cerita Hanina said...

tqvm, tuan tanah for yr kind review. u kata baca KNK tersenyum2, sy baca review awak, sy pun tersenyum2. tak sangka Nyonya Mansoor jadi main star dlm KNK. semasa saya tulis watak PS Freida, sy bimbang juga kalau readers kata dia over esp bhg yg "frame up" itu. Re: kecacatan dlm proses editing, sy rasa KNK macam PMS, proses penulisan dan editingnya dalam tempoh yang sangat pendek. Should have learned the lesson and not repeat it with Seteguh Fayqa. And also, yr 1st sentence, "tidak seekstrim PMS" he he he...saya skrg dalam mood notti dan nak bikin SF lebih ekstrim dari PMS. Thanks again for taking the time to write this review.

Hajar said...

Hanina:

Aiseh, tuan pny buku dh smpi. Hehe. Thanks for dropping by. :)

Saya tak tahu org lain pny pendapat but to me PS Freida tu such a cool mom. Dia nak yg terbaik utk anak dia. Walaupun sedikit over. Haha.

SF nak buat lagi ektstrim? Aiyooo. Kena warn adik-adik bwh umur sesiap ni. :p

For editing tu memang ada mistakes here and there. Mungkin pd org lain takkan effect pd pembacaan diorg, cuma rasa sayang bila kdg2 saya jumpa naskhah yg baik tapi tak di edit dgn baik. I know you've done your best and I'm looking forward for your next piece, Insya Allah. :)

airina said...

Review kedua yang buat saya nak baca buku terbaru penulis ;))

Hajar said...

airina:
hehe, silalah dptkan segera. tapi tak tahulah kalau tak kena dgn selera awak ke kan? ;)

mizz acu said...

miahahahahaha... SF lagi ekstrim dr PMS????

ohmaiiii.. mood notti yer? i okeh saja sbb da lepas umur.. ;P

Nana Norazlan ;)) said...

semalam pergi popular cari buku nie..tapi takdek pun :(

Red Cherry said...

I like your blog. Ceria and sweet. banyaknya novel yg u dah baca,...i wish i could do the same...

Hajar said...

Chocolate...mmmuaahh....:
Boleh order direct dengan Karyaseni. Lagi senang. :)

Red Cherry:
Thanks. :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review