Sunday, January 27, 2013

Ketuk Pintu Hati Dia - Ana Farhana

Posted by Hajar at 10:20 PM 2 comments
Tajuk: Ketuk Pintu Hati Dia
Penulis: Ana Farhana
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 458 mukasurat
ISBN: 9789675118906

Saya tak pernah lagi baca karya pertama penulis jadi saya tak boleh nak compare sama ada karya ni lebih baik daripada karya pertama penulis ataupun tidak. Yang penting saya terhibur membacanya. :)

Huda dan E-key, bukanlah berkenalan dalam keadaan yang aman. Pertemuan pertama di depan sekolah E-key selepas Huda menghantar ibunya ke sekolah berlarutan dengan pertemuan demi pertemuan berikutnya. Berlaku juga selisih faham bila ibu Huda tiba-tiba pengsan di sekolah dan dikejarkan ke hospital. Huda terus beranggapan yang E-keylah penyebab ibunya pengsan. Yelah, berdasarkan cerita-cerita daripada ibunya tentang E-key yang bermasalah di sekolah, memang tak mustahillah E-key yang menjadi pucanya kan? Sayangnya tanggapan Huda tu salah.

Hubungan yang tak berapa baik antara Huda dan E-key ni kemudiannya jadi bertambah baik bila E-key membantu Huda melepaskan diri daripada si lelaki sex maniac  yang Huda temui di pasar malam. Bermulalah hubungan baik mereka berdua ni. Memang pelik bila si 'mamat Antartika' (gelaran Huda pada E-key) yang memang tak pernah pedulikan orang lain ni boleh jadi kamceng dengan Huda.

Melalui gambaran personaliti E-key rasanya memang boleh agak yang E-key ni datang daripada broken family background. Memang kesian. Dahlah mak ayah berpisah waktu dia masih bayi. Kemudian ayah dia pula anggap E-key macam tak wujud. Sobs.  Mujur ada Huda dan kawan-kawan rapat E-key yang lain.

Dalam masa yang sama, Huda juga berjaya mengatasi masalah dengan ayahnya yang tak merestui pilihan kerjaya Huda yang memilih untuk mencari pengalaman bekerja di kedai roti dan kek. Phew.

Lepas tamat peperiksaan STPM, E-key meninggalkan Huda tanpa sebarang pesanan. Memang terumbang-ambing Huda jadinya lepas pemergian E-key. Pertemuan kembali selepas lima tahun membawa pelbagai rasa dalam hati masing-masing. Bagaimana agaknya mereka berdua ni mengatasi rasa 'kekok' tu kan? Adakah sebenarnya pintu hati Huda dah berjaya diketuk oleh E-key tanpa disedari semenjak dari mula perkenalan mereka?

Komen saya: Watak E-key selepas lima tahun ni mengingatkan saya pada watak Shark dalam Lazuardi. Comel, selamba dan manis. Haha. Kisah ni juga pada saya agak well blend.  Cukup asam-garamnya. Tahniah buat penulis untuk kisah yang manis ini. :) 

Sunday, January 20, 2013

Simpan Untuk Yang Halal - Rinzuas

Posted by Hajar at 9:49 PM 0 comments

Tajuk: Simpan Untuk Yang Halal
Penulis: Rinzuas
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman: 356 mukasurat
ISBN: 9789670201665

Satu perkataan untuk kisah ini. Cute! Catatan dari sudut pandang Hani Zulaikha yang mencari-cari 'Yusuf' pendampingnya. Mula-mula baca caption 'Maaf. Dilarang masuk. Hanya untuk yang halal saja.' memang kita ingat cerita ni ala-ala serius tapi tak serius mana sebenarnya. Hehe

Membaca kisah ni ala-ala membaca diari hidup Hani Zulaikha. Manakan tidaknya, kita dibawa menelusuri kisah Hani Zulaikha semenjak zaman persekolahannya sehinggalah bergraduasi. Hani Zulaikha bukanlah sembarangan gadis. Ketegasannya dalam mempertahankan pendirian untuk tidak bercinta semasa bersekolah memang sangat dimaklumi oleh orang yang mengenalinya. Pendiriannya tetap teguh sehinggalah dia bertemu kembali dengan crush zaman persekolahannya semasa majlis alumni kawan sekelas.

Faris, sememangnya diminati oleh Hani Zulaikha dalam diam semenjak di tingkatan dua. Pertemuan kembali antara Hani Zulaikha dengan Faris meruntuhkan pendirian Hani Zulaikha yang kononnya tak mahu bercinta sebelum kahwin. Betullah, kita memang selalu diuji dengan kata-kata kita. Itulah ujian buat Hani Zulaikha yang selalu merasakan ketidakwajaran untuk bercinta dan berkepit dengan lelaki sebelum berkahwin. Walaupun mereka ni bukanlah jenis pasangan yang berkepit 24 jam, namun kenyataan yang Hani Zulaikha dah termakan kata-kata sendiri tak boleh disangkal kan?

Benarlah, langit tak selalu cerah. Setelah berpacaran dalam tempoh lebih kurang dua tahun, Hani Zulaikha mula dipinggirkan oleh Faris atas alasan yang agak tak munasabah.Memang kesian dengan Hani Zulaikha, tapi kita boleh nampak cara dia recover. Adatlah kan, ujian tu  tanda Dia masih ingatkan kita. Tanda Dia masih sayangkan kita. Hikmahnya, Hani Zulaikha dipertemukan dengan 'Yusuf'nya. Alhamdulillah. Nak tahu siapa? Kenalah baca. :P

Komen saya: Walaupun kisahnya ala-ala sempoi tapi sarat pengajaran. Bolehlah jadi bahan bacaan pilihan untuk orang (macam saya) yang dah bosan dengan kisah-kisah yang cliche di pasaran tu. Ops! Tahniah buat penulis.  Moga bakal banyak lagi ilham menyusul untuk kisah-kisah yang akan datang. ;)

Tuesday, January 15, 2013

Akan Kutunggu - Sania Yasmin

Posted by Hajar at 10:16 PM 2 comments


Tajuk: Akan Kutunggu
Penulis: Sania Yasmin
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  531 mukasurat
ISBN: 9789831246078

Lama betul buku ni pending. Selain disebabkan kesibukan, saya tak sanggup nak habiskan pembacaan sebab geram dengan Syamil Bakhtiar (Syamil) ni. Heh. Tipikal lelaki ego. Maafkan saya Kak Sarnia, tapi Syamil ni memang bukan tergolong dalam hero pilihan sayalah. Ehem!

Syamil dan Ayu Rihana (Ayu) dah lama hidup berjiran. Selama ni masing-masing memang tak pernah peduli pun tentang satu sama lain. Cuma pertemuan Syamil dengan Ayu selepas beberapa tahun mula menimbulkan bibit rasa dalam hati Syamil walhal Syamil ni sedang sibuk 'berkasih' dengan Lily. Dah di angkutnya Lily tu ke sana ke mari, tup-tup Ayu yang baik tu dilamar untuk jadi isteri. Tak ke ego tu namanya?

Datin Noraini, ibu tiri Ayu ni pun nampak berkenan sangat dengan Syamil ni walaupun pelbagai cerita buruk dah dicanang oleh Nadia (kakak tiri Ayu). Disebabkan tak berapa berkenan dengan hubungan baik antara Ayu dengan Taufik (adik angkatnya), Datin Noraini ni nampak macam tergesa-gesa  terima lamaran Syamil bagi pihak Ayu. Walaupun nenek Ayu dah berkali-kali tegaskan yang Taufik tu ada ibu dan bapa kandungnya, Datin Noraini tetap beranggapan bahawa Taufik tu anak tak sah taraf yang bakal mencemarkan keturunan suaminya, Datuk Ramdzan sekiranya Ayu dan Taufik berkahwin. Heh. Kesian Taufik.

Perkahwinan Ayu dengan Syamil ni nampak sangat bahagia pada awalnya. Ayu pun dah mula menerima Syamil dalam hidupnya. Namun, panas yang disangkakan berpanjangan rupanya diganggu oleh ribut yang berpunca dari Syamil sendiri. Pergaulan bebasnya dengan Lily sebelum berkahwin dengan Ayu mengundang malapetaka. Ugutan demi ugutan yang diterima daripada Lily menjarakkan hubungan Syamil dengan Ayu. Memang sangat bengang bila baca bahagian Syamil yang tak reti nak bertegas dengan Lily ni. Kalau dari awal Syamil bertegas memang Lily pun tak berani nak mengganggu. Penyudahnya, orang kesayangan Ayu yang menjadi mangsa bila rakaman video Syamil dan Lily tersebar. :(
 
Komen saya: Tabiklah dengan karakter Ayu ni. Bukan senang nak berdepan dengan lelaki yang ego macam Syamil ni. Dah buat silap pun boleh buat muka selamba seolah-olah kesalahan yang dibuat tu tak sebesar mana. Heh. Ayu ni sangatlah menjaga air muka Syamil depan kedua-dua buah keluarga walaupun suami dok buat perangai. Haish. Saya sangat emo membaca kisah ni. Haha. Tahniahlah buat penulis sebab berjaya memanipulasi emosi pembaca macam saya ni. :) 
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review