Tajuk: Semalam Yang Ku Tinggalkan
Penulis: Laila Hanni
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 582 mukasurat
ISBN: 9789670448121
Munirah dan Izwan berkenalan sewaktu zaman remaja mereka. Perkenalan bermula sewaktu Munirah berada di tingkatan satu dan Izwan di berada tingkatan enam atas. Peristiwa yang berlaku semasa program orientasi pelajar tingkatan satu telah membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Hubungan mereka terputus setelah Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya dan Munirah pula terpaksa tinggal bersama ibu saudaranya selepas kematian kedua ibu bapanya dalam suatu kemalangan.
Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu kembali bila Azreen, kakak sepupu Munirah bakal melangsungkan perkahwinan. Rupa-rupanya Izwan ni merupakan tunangan Azreen. Pertemuan ini membongkar kembali perasaan mereka tapi sebab Munirah tak mahu menghancurkan perasaan Azreen dan Mak Ngah yang dah terlalu banyak berjasa dalam hidupnya, dia pasrah dengan takdir yang dah tersurat.
Bila Azreen disahkan tak boleh hamil, Izwan mengambil kesempatan untuk memperisterikan Munirah. Siap dapat
permission Azreen lagi. Saya agak simpati dengan watak Munirah ni. Yelah, memang niat dia baik. Nak penuhi permintaan Azreen. Tapi bila fikir balik, orang sekeliling boleh faham ke kenapa dia sanggup terima Izwan? Orang sekeliling boleh terima ke status dia sebagai isteri kedua?
Memang Munirah nampak bahagia dengan Izwan. Lebih-lebih lagi bila Munirah disahkan hamil. Izwanlah manusia paling gembira. Ditatang Munirah bagai menatang minyak yang penuh. Namun, dalam kegembiraan tu, mereka tak sedar ada hati yang terluka. Pemergian Munirah ke Australia untuk menyambung pengajian membawa titik hitam dalam hubungan mereka. Akibat fitnah dan keegoan seorang suami, Munirah diceraikan dan anak kecil mereka menjadi mangsa. Haila, kesian Munirah.
Bagaimana Munirah berjuang untuk dapatkan kembali hak penjagaan Sarah?
Komen saya: Saya agak beremosi baca kisah ini sebab saya memang agak alergi dengan lelaki ego macam Izwan ni. Dari awal lagi dah nampak keegoannya bila dia bertegas untuk memperisterikan Munirah walaupun dia tahu dia bakal lukakan hati Azreen. Seolah-olah macam sengaja pergunakan alasan ketidakupayaan Azreen tu untuk beristeri baru. Huh. Mujur sangat Munirah tak kembali pada Izwan selepas diceraikan. Pengajaran untuk lelaki: Jangan ingat bila mampu dan boleh berlaku adil dari segi material, anda juga boleh berlaku adil pada isteri / isteri-isteri dari segi emosi. Poligami itu halal, tapi yang tak betul tu biasanya cara perlaksanaannya. :) Oh, maaf kalau terlebih emosi. Tahniah buat penulis kerana berjaya buat saya beremosi dan membuka mata membaca hasil karya anda. :)
4 comments:
Saya xbrani nak bli novel ni hajar.. Takot sy emo geram dann sewaktu dgnnya.. Huh! Skrg sy prefer yg komedi @ plot2 sntai.. SkitTtttt je sedey esepp lg laa
mizz acu;
haha. kalau saya dh emo mesti awak lagi 2x ganda emo kot baca buku ni. :P
Saya belum membeli novel ini kerana bimbang pengakhiran yang klise spt. novel lain. Tapi bila membaca komen yg. mengatakan Munirah tidak kembali kpd. Izwan, haruslah saya mencari di kedai buku utk mendapatkan novel ini. Saya sebenarnya allergic kpd pengakhiran yang si wanita/isteri menerima juga lelaki/bekas suami kembali w/p telah dihina dan didera secara mental.
Terima kasih Cik Hajar kerana komen anda, novel ini bakal saya baca..
Ija:
Saya pun agak allergic dengan pengakhiran novel yang macam awak mention tu. Lebih-lebih lagi kalau watak heroin dah melalui mcm2 bentuk mental / physical abuse. Cuma untuk saya memang novel ni buat emosi saya jadi roller coaster la sebab geram dengan Izwan tu. Apa pun, selamat membaca ya? :)
Post a Comment