Monday, November 19, 2012

Nasi Lemak Buah Bidara - April Snow

Posted by Hajar at 8:09 AM


Tajuk: Nasi Lemak Buah Bidara
Penulis: April Snow
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  661 mukasurat
ISBN: 9789670448145

Wah, rasa macam baru je saya taip review buku penulis ni beberapa bulan lalu. Tup-tup buku kedua dah pun terbit. Tahniah Kucc. :)

Siti Nur (Siti) dibesarkan oleh Wan(nenek)nya. Status kelahirannya yang tak jelas menyebabkan dia sentiasa disisihkan, baik di sekolah mahupun di kawasan tempat tinggalnya. Wan lah yang banyak menyokong dan dan membantu bila Siti hampir rebah dengan tohmahan dan cacian orang sekeliling. Bila Wan meninggal, Siti hilang tempat bergantung dan terpaksa mengikut Datin Junainah (anak tunggal Wan) berpindah ke Kuala Lumpur. Siti berharap perpindahannya ke Kuala Lumpur dapat membongkar identitinya dengan bantuan Datin Junainah. Namun dia silap bila Datin Junainah tak pernah mengendahkan permintaannya, malah memperlakukannya seperti hamba tebusan. Kemuncak penderitaan Siti adalah bila dia dihalau keluar dari rumah agam keluarga Datuk Zainal di hari pernikahan Zurene, anak kesayangan Datin Junainah.

Pertemuan Siti dengan Puan Aishah dan juga si comel Benjamin (Ben) memang membawa sinar dalam hidupnya. Kebetulan waktu Datin Junainah diamuk kemarahan, Ben ada bersama Siti. Benlah yang berperanan menyelamatkan Siti bila dia mengadu pada Puan Aishah (neneknya) dan Akhmal (bapanya) tentang apa yang menimpa Siti. Siti kemudiannya di bawa pulang ke rumah mereka dan ditawarkan menjadi pengasuh Ben.

Sikap Siti yang polos tu bukan sahaja berjaya menambat hati Puan Aishah, malah Akhmal juga turut tertarik hati dengan peribadi pengasuh kesayangan Ben tu. Pernikahan mereka berjalan dengan lancar walaupun ada rahsia yang disimpan oleh Puan Aishah demi kerana bimbangkan Siti. Datin Junainah yang masih berdendam dengan kedua ibu bapa Siti pula sibuk menabur fitnah tentang latar belakang Siti pada Akhmal. Mujurlah Akhmal ni bukan jenis yang cepat termakan hasutan walaupun nyaris juga tergelincir. Pertemuan semula Siti dengan Mak Jah (pembantu rumah Datin Junainah) dan Pak Salleh (pemandu Datin Junainah) berjaya membuka rahsia dan latar belakang Siti yang tersembunyi selama ini.

Komen saya: Phew, memang macam fairy tale dah. Macam kisah Cinderella moden. Hehe. Watak Siti ni walaupun digambarkan awal 20-an tapi saya rasa dia matang. Bukan jenis heroin tipikal yang akan larikan diri bila ditimpa masalah. :P  Mungkin sebab suasana dan persekitaran yang buat dia cepat matang kot. Salute juga dengan Akhmal yang tak mudah melatah dengan kata-kata orang sekeliling. Aha, kali ni pun ada cameo watak-watak lain daripada novel dan e-novel Kucc tau. Nak tau siapa kenalah baca. ;)

6 comments:

mizz acu said...

Like ben yang chumell.. ;)
Ai truja nak tgu Mr Sirap Bandung kuar.. Wlpon lmmbt lg ;p

putehberseri said...

mizz acu : agreed with you 200%...

kucc_aprilsnow said...

Dearest hajar- tenkiu10x dear for this sweet review. For acu n PB..weh, ai tengah semput tp smpt jugak ketawa sensorang waktu menulis smbgan MSB versi manuskrip ni..hahaha, jgn jeles hokey.

Unknown said...

Ben yang comel dan mermulut petah macam bertih jagung.....rasa nak jadi mama Ben pula hehehe
tahniah buat penulis utk buku kedua dan yg pertama bersama kaki novel...suka buku dia ngan fajar pakeer 'DIA IDAMAN HATI'

Unknown said...

Nak tanya, Akhmal tuuu dh kahwin ke belum sebelum dia kahwin dengan Siti?? Apa hubungan dia dengan Puan Aishah??

Hajar said...

Nurul Latifah:

Akhmal tu duda, isteri dia dah meninggal dunia (tapi tak ingat sebab apa). Pn. Aishah tu mak Akhmal.

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review