Tajuk: Kalau Jodoh Tak Ke Mana
Penulis: Naurah Iman
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 610 mukasurat
ISBN: 9789675118937
Kisah Nur Aleeya Maisara (Sara) dan Muhammad Ameer Hakimi (Ameer) ini mungkin cuma sebuah kisah biasa yang agak klise, namun cara pengolahan penulis ni buat saya rasa sayang nak lepaskan buku. :)
Awal-awal lagi penulis dah tarik perhatian saya dengan aksi Ameer dengan kucingnya, si Montel yang turut membuatkan Sara jatuh tergolek-golek. Hehe. Tapi itu kisah setahun sebelumnya. Sebelum Sara bertemu kali kedua dengan Ameer sewaktu majlis perkahwinan jiran merangkap kawan baiknya. Memang 'ajaib' bila Sara tertarik dengan Ameer disebabkan bunyi ketawa Ameer. Sampai pengsan Sara dibuatnya. Haha. Namun sayangnya Sara dikecewakan dengan berita perkahwinan Ameer yang akan berlangsung dalam masa terdekat.
Ameer ni sebenarnya dah banyak kali bertunang. Pertunangan kali kelima yang diharapkan bakal membawa ke jinjang pelamin juga gagal bila tunangannya buat onar. Kesian Ameer. Memang dah bukan jodoh agaknya.
Sara pula bila tahu Ameer dah putus tunang buat kesekian kalinya tanpa bertangguh lagi terus buat keputusan untuk meminang Ameer. Walaupun dikata menentang adat, Sara tak peduli. Dia mahukan Ameer sebagai pasangan hidupnya. Pinangannya disambut baik oleh keluarga Ameer dan mereka dinikahkan tanpa ada majlis pertunangan. Keluarga Ameer dah fobia dengan istilah bertunang tu agaknya. Hehe.
Perkenalan mereka selepas pernikahan memang jadi suatu cabaran buat Sara untuk menawan hati Ameer. Dan Ameer sendiri meminta supaya Sara buatkan Ameer jatuh cinta pada Sara. Memang sakit hati bila nampak Ameer cuma menerima tapi tak berusaha untuk memberi. Sebaliknya Sara yang berusaha gigih untuk memberi tapi tak menerima. Rasa macam nak benamkan Ameer tu dalam lombong. Tak habis-habis nak jaga gengsi sampai lupa nak jaga hati isteri sendiri. Siap ada hati nak tambah cawangan lagi tu. Huh.
Bila Sara dah mula nak
give up barulah Ameer gelabah. Mujur juga Ameer dapat 'hidayah' sebelum Sara betul-betul meninggalkan Ameer. Phew.
Komen saya: Antara buku yang buatkan saya
enjoy membaca hingga ke akhirnya. Kagum dengan semangat Sara. Memang dah ala-ala
Projek Memikat Suami juga ni, cuma cara Sara tidaklah seekstrim cara Nawwal Husna. :) Ops, tapi pengolahannya tak sama okay. Apa pun, tahniah untuk penulis atas kelahiran buku ini. Terima juga kasih atas semangat Sara yang dipinjamkan melalui buku ini. :)
11 comments:
Ai like! Suka endiingnya.. Dua kali dh ulang baca ;)
Adakah disebabkan anak kembar 3 itu? hihi..
ahaks!! mungkin..
tp cara depa tu sempoiii!! husband n wife.. super cute! ;)
baru habis baca, best cerita ni suka watak sara & ending dia......
kita bg 5 bintang Haja!!!!!sweeeettttt..xrugi baca!!
sufi (",)
mizz acu:
saya suka dgn sara. cool walaupun nampak mcm terhegeh2. ala, x kisahla terhegeh2 pun dgn suami sendiri kan? :P
Along Nani:
yay, sorang lagi suka cerita ni. saya pun suka. bakal diulang baca ni. ;)
sufi:
yay, sufi pun dah baca eh? bagi kakak awak baca tak? mesti dia pun akan suka gak. ;)
seriously.
suka novel nie.. teringin nak contact penulis novel ni sebab apa yg di tulis dekat novel ni, sama seperti yang saya tengah rancang skrg. gonna purposed my classmate tp tggu masa yg sesuai. sounds like odd.. weird.. maybe annoyed haha tp kalu tak cuba dan kalau dah jodoh ~ tak kemana kan :)
MyMy:
wah, salute! Honestly saya sendiri pun takkan buat benda macam ni. Hehe. Tapi bila orang lain buat saya cuma menumpang kagum sajalah. Apa pun, all the best ya? Rasanya kalau nk contact penulis ni boleh cari dia di fb. kat belakang buku ni ada url dia. :)
KChik suka kisah ni sebab hero heroin nya adalah orang kebanyakan, kerjaya yang tidak tahap glamor gaban atau kaya tahap harga tujuh keturunan takkan luak.
Suka watak Sara walaupun kita nampak dia macam terhegeh-hegeh pada suaminya tapi dia kan dah dpt offer dr Ameer utk digoda. Tapi respect Sara yang sanggup berundur bila dia tahu Ameer dah meletakkan Lisa di hatinya.
Hajar..nice review dear (1st time KChik dropped kat sini)
AimieAfifah:
wah, thanks Kak Cik sudi singgah sini. Blog multiply Kak Cik antara blog fav saya utk rujuk sbl beli buku dulu. :)
Yup, setuju dengan Kak Cik cerita ni agak realistikla. Takde unsur-unsur exaggeration terlampau mcm kebanyakan novel sekarang ni kan? Thanks again Kak Cik.;)
Hajar,..welcome dear, owhh.thanks sudi singgah multpily tu tp skrg dah jarang dpt update & ingat nak kena pindahkan ke blog kot sbb multiply maybe will be more focus on e-bisness kot in the future. Kakchik pun dok BW blog review utk beli buk yg baru publish sbb lately kebanyakan buku yang dibeli kurang ump kat selesa kakchik....
Post a Comment