Tajuk: Cinta Perigi Dan Timba
Penulis: Shima Rostam
Penerbit: NB Kara Sdn. Bhd.
Harga: RM21.90
Sabah/ Sarawak: RM 24.90
Halaman: 536 mukasurat
ISBN: 9789675229398
Melihatkan tajuknya je kita dah boleh agak mungkin jalan ceritanya berkaitan dengan kisah perempuan mengejar seorang lelaki. Memang tak lari jauh pun. Cuma bezanya, Khalisa terpaksa menambat hati Naim Shauqi (Naim) yang dipaksa berkahwin dengannya. Cabaran betul buat Khalisa bila terpaksa menahan sabar dengan kerenah Naim ni. Lebih-lebih lagi bila Naim terang-terang menolak Khalisa sebagai calon isteri yang dipilih oleh keluarganya. Yelah, Khalisa ni nampak kolot dengan bertudung litup, tak standing dengan Shareen, teman wanita kebanggannya tu.
Paling mengejutkan bila Naim dan Shareen tertangkap oleh Khalisa sewaktu sedang memadu asmara di rumah Naim. Fuh, saya kagum sungguh dengan reaksi Khalisa masa tu. Sempat lagi menyindir Shareen. Haha. Kalau orang lain agaknya mesti dah lari lintang pukang tinggalkan rumah tu. Tapi Khalisa tetap bersabar. Cuma selepas peristiwa itu dia banyak berfikir dan meminta petunjuk dari Allah tentang keputusannya menerima lamaran keluarga Naim. Hubungannya dengan Naim turut menerima tempias sehingga Naim jadi pelik dengan kedinginan Khalisa.
Selepas pernikahan mereka, Khalisa diuji lagi bila dia menerima kiriman email gambar-gambar Naim dalam keadaan yang mengaibkan. Rupanya itu semua angkara Shareen. Bila Naim tahu apa yang membelenggu fikiran Khalisa, dia bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Di sinilah datangnya keinsafan dan kesedaran dalam dirinya bila aibnya terbongkar di hadapan isteri sendiri. Alhamdulillah. Memang bukan mudah, tapi bila hidayah tu sampai siapa yang mampu menolaknya kan? :)
Suatu yang membanggakan bila Khalisa ni cukup kuat semangat. Iyalah, biar pun rumahtangga mereka pernah diganggu Shareen, Khalisa masih mahu membantu bila Shareen ditimpa kecelakaan. Atas rasa tanggungjawab dan rasa bersalah kerana memutuskan hubungan antara Naim dan Shareen, Biar pun kerap diganggu bisikan-bisikan halus yang menghasut untuk meragui apa yang dilakukannya, Khalisa tetap membawa Shareen pulang ke kampungnya untuk memulihkan semangat Shareen sekaligus membawanya kembali ke pangkal jalan.
Komen saya: Kisah yang agak straight forward. Plot yang simple dan tak memeningkan kepala pembaca dengan konflik berat. Walaupun saya rasa macam ada kurang rencah, tapi saya tetap berpuas hati untuk percubaan pertama penulis ni. Banyak juga info-info berguna yang diselitkan dalam ni. Tahniah ya Shima. Moga akan terus berkarya selepas ini. :)
2 comments:
Salam..
terima kasih di atas review yang diberikan.. :)
shimah rostam:
sama-sama. All the best ya Shima? :)
Post a Comment