Tajuk: Takkan Pernah Hilang
Penulis: Emma Rusdi
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 500 mukasurat
ISBN: 9789673651290
Saya tak pernah mengikuti e-novel ni di blog penulis. Cuma bila saya terbaca dedikasi penulis di belakang buku yang mengatakan beliau pernah mendapat kritikan hebat disebabkan cerita ini membuatkan makin bertambah minat saya untuk mengikuti kisah Fariz dan Maisara ni.
Fariz dan Maisara pernah melalui alam percintaan yang indah. Hubungan rapat antara Maisara dan kakaknya, Suhana menyebabkan perhubungan antara Maisara dan Fariz bukanlah suatu rahsia bagi Suhana. Malah, Suhana selalu menjadi 'dayang pengiring' setiap kali Maisara dan Fariz bertemu. Cuma kedua ibu bapa mereka yang tidak dimaklumkan tentang itu. Jadi, bila lamaran keluarga Fariz datang untuk Suhana, ibu bapa mereka menerima tanpa banyak soal. Hakikatnya, Fariz cumalah bertindak sebagai hero yang menyelamatkan maruah keluarga mereka. Maisara yang sangat terluka dengan perkahwinan Suhana dan Fariz membawa diri ke Kangar.
Selepas kematian Suhana akibat komplikasi ketika melahirkan Aiman, Maisara kembali ke pangkuan ibu bapanya. Di sinilah bermulanya sesi untuk memadankan Fariz dan Maisara. Wasiat terakhir Suhana menjadi penguat hasrat kedua-dua buah keluarga. Ketika Maisara masih lagi menangguhkan keputusannya sama ada untuk menerima atau menolak permintaan keluarga mereka, muncul pula Ilyana di antara Fariz dan Maisara. Ilyana ni sebenarnya cumalah watak tambahan yang diletakkan oleh Fariz untuk menimbulkan rasa cemburu di hati Maisara. Tapi Ilyana ni terlampau menjiwai watak pula sampai siap
warning Maisara supaya jauhkan diri daripada Aiman.
Atas rasa tanggungjawab dan tak mahu Aiman dibesarkan oleh perempuan seperti Ilyana, Maisara nekad menerima lamaran Fariz. Sungguhpun Fariz gembira dengan keputusan Maisara, rasa kecewa tetap membelenggu bila Maisara menetapkan beberapa syarat dalam perkahwinan mereka ini. Semuanya untuk kepentingan Aiman. Maisara tak kisah andai dirinya terluka sebab dia masih lagi tak dapat melupakan apa yang telah Fariz lakukan sebelum ini.
Walaupun Fariz dah berkali-kali menegaskan yang Ilyana tu hanyalah watak sampingan untuk mendapatkan Maisara kembali dalam hidupnya, Maisara tetap tidak percaya. Mana kan tidak, Ilyana selalu ada di antara mereka ni. Haish.
Bila segala kebenaran terbongkar, Maisara terpaksa menerima hakikat yang cintanya tak pernah padam buat Fariz. Namun, kemunculan Syed Hussin secara tiba-tiba untuk menuntut hak penjagaan Aiman menimbulkan tanda tanya. Siapakah sebenarnya Syed Hussin?
Komen saya: Bila habis membaca baru saya mengerti kenapa ada yang mengkritik. Mungkin kisah 'pak sanggup' ni membuatkan ramai tak bersetuju bila Fariz memilih Suhana. Ops, ada
spoiler di situ. Hehe.
Overall kisah ini tak adalah berat sangat pun. Cuma saya rasa kisah ini diakhiri dengan agak tergesa-gesa. Pemergian Maisara selama 3 tahun tu pun macam tak ada impaknya atau saya boleh katakan itu cuma
add-onn scene untuk memanjangkan cerita? Ehem. Apa pun, tahniah kepada penulis untuk buah tangan terbarunya ini. :)
0 comments:
Post a Comment