Thursday, July 5, 2012

Dia Idaman Hati - Nadra Yasmina

Posted by Hajar at 11:36 PM



Tajuk: Dia Idaman Hati
Penulis: Nadra Yasmina
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  510 mukasurat
ISBN: 9789673651252

Ini sebuah lagi e-novel yang telah pun tamat di blog dan akhirnya ada rezeki untuk diterbitkan. Tahniah Kucc. :)

Siapa sangka kehidupan sederhana dan biasa-biasa boleh berubah sekelip mata? Hanya kerana pertolongan yang dihulurkan oleh Asma saat diminta oleh Jeffrey, mereka terikat ke alam perkahwinan. Oh, jangan salah faham ya? Mereka bukan terpaksa berkahwin disebabkan kes khalwat. Cuma kisah Asma ni ibarat kisah fairy tale bila si miskin bertemu si kaya dan akhirnya berkahwin.

Asma, merupakan seorang jururawat pergigian. Dan dalam masa yang sama dia turut bekerja sebagai pembantu rumah hujung minggu di rumah Jeffrey. Itu pun sebab Mariana, setiausaha Jeffrey yang recommend Asma untuk bekerja di situ. Almaklumlah, Jeffrey ni terkenal dengan sikap tegas, cerewet dan kerenah yang pelbagai. Jadi, Mariana rasa Asmalah yang paling sesuai untuk bekerja di situ. Siap dapat approval Puan Sri Aimal (mama Jeffrey) lagi.  Lagipun Asma ni memang tunggak harapan keluarga, jadi dia memang akan lakukan apa sahaja pekerjaan halal yang bakal menambah pendapatannya.

Bekerja di rumah Jeffrey memang tak sesukar mana. Walaupun nampak Jeffrey tu cerewet, tapi semua kerja rumah berjaya dilunasi oleh Asma dengan mudah. Mereka pun tak pernah bertemu langsung. Cuma berhubung menggunakan nota-nota ringkas. Namun, ketenangan dalam 'hubungan' mereka ni tak kekal lama bila tiba-tiba si Lilac (bekas teman wanita si Jeffrey) ni dok sibuk kejar Jeffrey untuk menagih cinta semula. Bila Lilac mencari Jeffrey sampai ke rumah, Jeffrey terpaksa mengaku yang kononnya Asma ni isteri dia.

Lilac yang dapat mengesan muslihat Jeffrey, mula memasang perangkap. Jemputan ke makan malam dengan rakan niaga Jeffrey, berjaya membantu Lilac menabur fitnah yang bakal menjatuhkan reputasi Jeffrey sebagai seorang tokoh korporat. Gambar-gambar Asma dan Jeffrey semasa makan malam tu telah disebar ke seluruh syarikat. Mama Jeffrey sebagai pengerusi syarikat I&P dah ambil langkah bijak untuk melamar Asma bagi pihak Jeffrey. Yelah, sebelum lebih banyak fitnah dan berita buruk tersebar, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga. Sebenarnya Puan Sri Aimal ni memang dah berkenankan si Asma ni. Jadi kira macam serampang dua mata jugalah kot?

Perkahwinan mereka ni bukannya atas dasar kahwin paksa. Sebelum berkahwin kedua-duanya mencari keserasian antara mereka. Bila dah yakin, baru kedua-duanya nyatakan persetujuan kepada keluarga mereka. Rupanya dalam diam Jeffrey ni pun dah jatuh tergolek-golek dengan keselambaan Asma ni. Berjayakah mereka mengemudi perkahwinan mereka? Dapatkah Lilac menerima keputusan drastik Jeffrey ni?

Puas hati juga bila Lilac (and the gang) dah terima hukuman atas niat dia nak mengaibkan Asma. Huh.

Komen saya: Lama betul rasanya nak habiskan pembacaan. Bukan sebab cerita ni bosan, cuma saya yang terpaksa berkelahi dengan masa. Hehe. Bagi yang dah biasa dengan gaya penulisan Kucc, mungkin takkan ada masalah untuk menghadamkan naskhah ini. Bukan apa, takut ada yang tak biasa sebab tak ramai rasanya penulis yang suka letak description sampai kita boleh bayangkan keadaan atau tempat yang diceritakan tu. Saya rasa dulu salah seorang penulis yang suka bagi detail description ni adalah Ahadiat Akashah. Sekarang ni dah jarang jumpa gaya penulisan macam ni. Apa pun, syabas Kucc untuk buku bercetak pertama ni. Moga ada lagi yang bakal menyusul. Aha, satu lagi saya suka sangat part cameo kemunculan hero-heroin daripada kisah-kisah e-novel yang lain tu. Teruja sekejap. Hehe. Nak tau hero-heroin yang mana kenalah baca buku ni ye? ;)

12 comments:

mizz acu said...

sajer yer.. soh baca sndiri.. kasik panas nihhh.. sabar2 eton..! nti kita g beli ek.. :)

sEha said...

mcm novel maid

Hajar said...

mizz acu:
hahaha. harusla. kalau semua nak disclose kat sini tak lakulah buku. :P

seha:
hmm, macam mana nk ckp eh? mungkin nampak sama. tapi bagi saya yang dah baca kedua-duanya tetap rasa ada kelainan antara keduanya. sebab DIH ni bukan kisah kahwin paksa macam novel maid tu.

Lagi pun tak adillah kita nak judge cerita tu sama dgn cerita lain sebelum kita baca kan? :)

kucc_aprilsnow said...

Hajar..millions thks dear.

Seha - dah baca DIH ke?, kalau belum bc dulu ye. Kalau dah, boleh senaraikan pada akak apa yang "macam maid" itu.

syira destroyer said...

hajar..sy khatam kt blog kucc je :)

Ayu dzulkarnain said...

dah baca cite ni best!! tak rugi beli.
sian kat asma kene berpisah ngan hubby terchenta.

Kucc maybe yg sama ngan maid tu part perang nota (dlm maid xsure noorul balas x nota yg boss dia kirim tu) n gambar fitnah tu kot.. overall cite best :-)

gud job :)

*perghh jeff duk kat suasana sentral tu!! *

Hajar said...

kucc:
ur most welcome dear. thanks for dropping by ya? :)

syira:
saya tak sempat nk baca pun sbb ms nk bc entry dh kena remove. maka kita tunggu jela buku. :)

Ayu dzulkarnain:
yup, mmg x rugi beli. :)

cehceh, org keje kl sentral hari2 la kan ngadap suasana sentral tu. I've been there once, pi rumah kwn. ms tu cuma mampu telan air liur jela. haha.

RinsyaRyc said...

Best karya Dia Idalam Hati nih~ ehehehee

Unknown said...

Tahniah buat penulis, best cerita ni. Ramai cakap macam MAID. Pendapat saya tak sama la. Bila baca buku ni rasa macam kerja bersama Asma pulak hehehe.

Hajar said...

RinsyaRyc:
Pada saya ok je sebab saya suka baca karya-karya Kucc ni. tapi lain org lain citarasanya kan? ;)

Along Nani:
yup, ramai yang kata mcm M.A.I.D. To me ada certain part jela. Tapi tak adil kalau nak kata SAMA tu hanya kerana 1 atau 2 scene yang lebih kurang. Sebaiknya baca sendiri dan nilaikan. :)

Nur Fatehah said...

mcm M.A.I.D jee perempuan miskin brkhawin dgn lelaki kaya then,saling suka sama suka..bekas awek lelaki dtg mengacau..apepon all the best..

Unknown said...

cite nih kelakar...suke sgt...gelak2 smpai xingt dunia:)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review