Tajuk: Titik Mula Cinta
Penulis: Laila Hanni
Penerbit: Lovenovel Enterprise
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 439 mukasurat
ISBN: 9789670657158
Anis Fazila (Fazila) tak pernah fikir dia akan menamatkan zaman solonya
secepat ini. Perkenalannya dengan keluarga Fauzi (teman sekuliah yang
pernah menaruh hati padanya) rupanya menjadi penyambung tali
silatulrahim buat 2 buah keluarga. Pertemuan kembali antara keluarga
Fauzi dan keluarga Fazila membawa kepada ikatan pertunangan antara
Fazila dan Faris (abang Fauzi).
Sungguh pun sudah tertarik
dengan keperibadian Faris pada pertemuan pertama mereka, Fazila tidak
yakin dengan kesungguhan Faris apatah lagi Faris seolah tidak
mempedulikan kewujudan Fazila selepas mereka bertunang.
Perkenalan
Fazila dengan Ameer Hamzah mula mengubah perasaan Fazila terhadap
tunangnya. Walaupun Ameer Hamzah melayan Fazila dengan kasar pada
mulanya, layanan sebegitulah yang telah berjaya menyentuh hati Fazila.
Haish.
Namun, bila Faris mula menunjukkan sikap sebagaimana
sepatutnya, Fazila buntu. Lebih-lebih lagi bila Ameer Hamzah turut
mengakui perasaannya terhadap Fazila. Jadi, siapalah agaknya yang bakal
jadi pilihan Fazila?
Komen saya:
1. Cerita ni mudah
je sebenarnya tapi karakter Fazila ni buat saya geram. Jenis hati tak
tetap. Dah bertunang tapi sebab tunang buat tak tahu, kemudian bila ada
lelaki lain lebih ambil berat, cepat je cair. Haish. Kesian Ameer
Hamzah.
2. Karakter Faris tu pun bikin orang geram juga. Kalau
iya pun Fazila tu pilihan keluarga, sekurang-kurangnya tunjukkanlah
kesungguhan sikit. Ini, buat assumptions sendiri sampai nyaris gigit jari. Sebenarnya kalau dari awal dia berterus terang kan lebih baik? Hmph!
3. Kisah ni memang agak perlahan pada permulaan. Itu sebab saya rasa agak 'lemau' bila baca kisah ini. Hihi.
4. Tapi, saya salute
dengan pendirian Fazila yang tak sanggup melukakan kedua-dua buah
keluarga sekiranya dia memilih untuk mengikut kata hatinya. :)
5.
Sekali lagi penulis berjaya menulis kisah yang memancing emosi pembaca.
Stress tapi tak meleret. Hihi. Tahniah buat penulis. Moga diberi ilham
dan kesempatan untuk melakar kisah-kisah seterusnya. :)
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
1 comments:
Half way baru excited nk baca..
Kisah faris dgn x wife dia sadis weh.. Kesian
Post a Comment